Aku boring giler takde keje..dah rase macam nak raya pon ade ni...hahaha...ni nak share info yang aku kire berguna untuk aku dan ibu-ibu yang menyusukan anak guna botol...
**********************************************(^_^)***********************************************
Kerajaan telah memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol
susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1
Mac 2012. Oleh itu, pasti ramai ibu2 diluar sana
yang begitu ingin tahu ciri2 botol susu bayi yang bebas “Bisphenol
A” (BPA free) - Sumber
Kementerian Kesihatan
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat (BPA)
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana
ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui
kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti
berikut:
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
Antara
produk "BPA free" - banyak lagi rasanya produk2 lain
|
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat (Botol susu yang
mengandungi BPA)
- Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
- Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Selain tu utk makluman semua, botol air yang ada BPA ni banyak
ada kt pasaran, kalau tengok label bawah botol ada tanda PC(7). Berdasarkan
makluman kementerian kesihatan, botol BPA ni tak sesuai utk baby/kanak2 je. So
kita yg org dewasa ni masih boleh guna.
BPA telah dikenal pasti akan menyebabkan gangguan kepada
sistem hormon terutama kepada bayi dan anak-anak yang mengunakan botol susu
polikarbonat untuk jangka masa yang panjang. Pada suhu tinggi bahan kimia
Bispenol A ini akan meresap kedalam cecair susu. Menurut kajian Universiti
Malaysia telah menunjukkan peningkatan pemindahan BPA sebanyak
tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius. Maklumlah kita akan merendam
botol susu dengan air panas dan mengunakan air panas untuk membancuh susu, pada
ketika itu BPA ini akan bercampur susu yang dibacuh.
Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya
mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti
melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi
seperti berikut:
- Nombor 7
- Nombor 7 dan PC
- Nombor 7 dan ‘other’
Botol susu polikarbonat PC 7
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan
perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
- Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
- Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan
menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang
bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai
alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene
(PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan
lain-lain.
p/s: turut perlu diberikan perhatian
untuk produk domestik yang berasaskan plastik turut mengundang bahaya pada
kesihatan pada jangka masa panjang seperti botol air mineral, bekas
makanan polistren dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment