IKLAN..

Sunday, September 30, 2012

THANK YOU ANMUM!


Hola....got suprised from Anmum Club...They sent me this - susu anmum stage 3  for 500 gram!...yeayyyy...jimat 25 hengget...hihi....



Aku masuk contest Anmum ingatkan boleh menang Leap Frog - macam Ipad untuk apip....huhu..takde rejeki tapi dapat susu ni...ok lah kan...berbaloi gitu...aku start bagi apip minum Anmum since baby lagi ( susu badan mak sikit...wuwuwuw )...and Alhamdulillah..nampaklah progress apip yang makin baik dan baik...selagi dia tak alergi kat susu ni, will continue sampai bila2...bak kata Anmum, Together, great things can happen!Insyaallah.......



PAK YA CHINESE MUSLIM RESTAURANT LAGI!


Been here for da 2nd time..kiter nak try menu lain..huhu...




Carrot susu untuk apip, jus nenas for me and both air kosong and kiwi juice untuk hubby..



They rekemen us this sup...sedap!lupa nama ape!


Telur Dadar a must side dish...orderlah lauk gempak mane sekalipon, telur dadar mesti naakkk jugak!


Siakap steam with ginger sauce...sedap...


Baby Kailan and mushroom with oyster sos...


Lala  masak Kam Heong ...sedap gilerrrr!


Our last dishes - udang goreng telor masin kot..tak ingat nama...tak berape kick but still recommended bagi penggemar udang....total kene charge that night adalah RM103.00..huhu..

Kitorang makan2 sampai kedai nak tutup..haha..nasib tak kene halau...siap suruh bayar dulu sebab depa dah susun kerusi....but we still managed kasi licin semua makanan sebelum balik...


PANTAI BAGAN LALANG @ SEPANG..


Ok..semalam punyer citer..dari pagi bertolak 9.30 pagi dan tiba di sana pukul 11.30 pg...jauh gak...!Tapi sampai2 tengok tak sesak ngan orang lagi...terus pilih port baekk untuk lepak2...just nice je bebetol mengadap pantai...siap boleh gantung buai!..

Da 2nd time bawak apip g pantai...last masa umur apip satu tahun...tak expect dia akan begitu terlebih beramah mesra dengan pantai this time sampai takmo naik2!


excited..dah nak sampai...


Yeay...dah sampai..air surut lagi!


one day...tunggu!


aktiviti sebelum air pasang...main layang2 RM5..angin kuat sangat...syiokkkk!


other activity - korek tanah, korek pasir....bagi apip men pasir puas2..back to kl dah tak dapat, tanah penuh taik kucing!


peneman setia - acik lina..


pemergian yang dirancang, so bakar yang simple2!


my plate  - kenyang!



abahku sempat masak nasi goreng cino...sehdap!


a gift from tok ta....pelampong jaws!



me bought it for apip - RM14....bolehlahhh..


Boomerang - RM5...


Another souvinier untuk apip as kenangan -RM15


 berbuai2 buaian..


sambung main pasir...



Chawan Mushi versi abah....sedap gilosss!



another makanan...kenyang lagi!



Dalam pukul  3 air laut dah mula pasang...angin makin kuat...sampai terlelap dbuatnya...pukul 6 dah start packing2 barang mau  balik rumah...disebabkan surau dah cantek, toilet pon dah selesa sangat2 so, takdelah rase menyampah datang sini...aktiviti membuang dan solat dapat dilaksanakan sebaik mungkin....air kat toilet pon banyak..pendek kata, selesa lah!Next time boleh datang lagi...yeay!




Friday, September 28, 2012

LUNCH BALAS DENDAM SECARA BERHEMAH!


Aku ke Pusat Bandar, Damansara dengan rakan senafsu, orang seblah….makan Pizza Hut….yeehaaaaa!..Bagus lah kali ni…kitorang tak order macam seminggu tak makan…hehehe..order lite2 satu menu ja..miracle sungguh nih!..licin taw..tak membazir kan???dari mushroom soup sampai ler ker roti pizza…semua lesap…takdak side order…ermmm..sebenarnyer dah order side dish udang tempura tapi tak sampai2..so sad..sob sob…overall kenyangggg!...



mak camwhoring dalam tandas HP..bersihhh jerr!..wootwwooott!


 We ate mushroom soup, garlic bread and Chicken Supreme Pizza.....


Thursday, September 27, 2012

YIPPIYAAYEAYYYYYY!


OK...kegembiraan mengular time opis adalah satu perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata2...ecececehhhh... tahu kenape budak2 lelaki suka ngular time opis hour???..seronot wehh...hihihi..by the way...aku dan orang sebelah mengular with permission hokeh...hihi...aku meneman orang seblah yang kene jumpe clients...bos besar dan bos kecik takde, jadi kene lah orang seblah serah diri...hahaha...kene pulak tuh, bos super besha suruh bring someone to accompany atas dasar keselamatan...hahaha..bagus2! kiter ronggeng2 kl...yeay!!..nak2 pulak tuh tempat meeting area masjid jamek...heaven sungguh!!Boleh lah aku membeli stok tudong2.....syorga dunia betol!


P/s : first time jumpe client yang nak beli bangunan rege juta2 datang pakai sluar cikai and t-shirt putih kosong...selekeh abes tapi duit manyak wooooohhhh and yesss he is  the owner of one of establish kolej!!..*kagum sebab low profile sangat*


 

Wednesday, September 26, 2012

INGIN ANAK PANDAI????JANGAN GANGGU IBUNYA!


Ok..interesting info to share..hihi...ni aku dapat thru email tapi sebab menarik sangat jadi nak kongsi jugak kat sini...ape yang menariknyer???sebab tajuknyer buat aku tertarik...renung-renungkan lah sesame kita...jom marathon bace both parents ok???..............*_^

Membaca tajuk di atas, mengingatkan saya pada entry Rawat segera tekanan perasaan ketika hamil. Tidak dinafikan, emosi ibu berupaya mempengaruhi orang-orang yang berada di sekelilingnya, apatah lagi bayi yang dikandungnya. Dalam entry kali ini pula, kita lihat kupasan bagaimana seorang ibu (dan bapa) mempengaruhi orang-orang yang berada di sekelilingnya, terutama mereka yang paling rapat, iaitu anak-anak mereka.

Pernahkah anda mendengar ungkapan, “Anak dan emak sama saja, bodoh! Lembap!” Atau pernahkah ayat yang cukup pedas ini keluar dari lidah seorang suami? Mudah-mudahan tidak!

Bahasa kasar sebegini amat cepat diserap anak-anak kita seperti span menyerap air. Mereka akan percaya apa saja kata ayah dan ibunya, provokasi sebegini telah menghancurkan rasa ‘yakin diri’ anak-anak kita. Akhirnya mereka tumbuh menjadi manusia yang lemah semangat dan tidak pecaya kebolehan diri sendiri. Gelaran bodoh, lembap itu akan hidup berakar dalam hati anak kecil, kecuali anda mencantasnya dengan penghargaan dan mencabutnya dengan kasih sayang.

Siapa yang tidak mahu memiliki anak-anak yang bijak dan soleh, tetapi apakah anda menyediakan persekitaran yang mendukung ke arah itu? รalam Islam, pendidikan anak bermula daripada pemilihan calon-calon ibu yang layak melahirkan anak yang bijak. Nak anak anda bijak, tapi pilih isteri tidak ada kriteria ibu yang bijak memang susah! Kecuali anda lelaki yang bertanggungjawab mendidik isteri sehebat yang boleh supaya dia cukup bekalan mendampingi anak-anak anda nanti. Bagi wanita, pilihlah calon suami yang amanah, jangan asal kutip dari internet, akhirnya menyesal tak sudah.

Walau bagaimanapun, isteri tetap menjadi orang nombor satu yang paling berpengaruh dalam diri anak-anak. Sesibuk mana pun ibu, anak-anak tetap di hatinya. Hubungan yang rapat antara ibu dan anak tidak dapat dinafikan kaum bapa, hinggakan ramai yang cemburu melihat anak-anak memilih ibu daripada bapa ketika mahu bermanja. Tapi jangan pula salahkan bapa yang selalu tiada masa bersama anak, keadaan yang memaksa seorang bapa meninggalkan keluarga seharian demi memastikan anak isteri tidak kebuluran.

Kadang-kadang pening juga memikirkan bagaimana menjadi bapa yang baik, kita duduk di rumah saja nanti jadi pemalas sebab leka berhibur, kalau sibuk mencari wang pun masih disindir tidak memenuhi hak isteri dan anak. Yang terbaik adalah yang pertengahan, sesibuk apa pun jangan lupa bermanja dengan keluarga.

Sikap bapa amat mempengaruhi pertumbuhan anak, kerana kebaikan atau keburukan pada hakikatnya berjangkit antara satu sama lain. Contohnya, ayah pulang dari pejabat membawa stres yang hebat. Anak dan isteri terkena tempias, rumah tiada ketenangan lagi kerana setiap kali wajah suami yang isteri lihat hanya kekecewaan kemarahan dan kekasaran. Isteri pula tidak dapat mengawal emosi yang sudah berhari-hari diprovokasi suami. Anak-anak akhirnya jadi mangsa kalau ibu mereka merajuk. Ibu tak mahu masak, buat tak tahu saja keadaan anak-anak, tak mahu lihat kerja-kerja rumah mereka, tak sudi memeluk mereka kerana hati ibu sedang ‘sakit’.

Keadaan sebegini boleh menjejaskan perkembangan anak, ibu merajuk akhirnya anak-anak tak bersedia ke sekolah, pelajaran terganggu, di rumah mereka ditekan, dimarah-marah dan dibiarkan saja tanpa perhatian. Semuanya salah bapa! Bapa yang menjangkiti ibu dengan penyakit stresnya. Kalau ibu tak memiliki kekuatan dalaman, iman yang kukuh dan takutkan Allah SWT, mungkin dialah yang akan menyokong anak-anak memberontak dengan cara tak peduli langsung kepada anak. Kekusutan ini makin menjadi jika tiada pegangan iman dalam keluarga yang dibina.

Belajar kawal diri

Anak soleh dan bijak hanya impian semusim, tak jadi realiti kerana ibu bapa tidak peduli. Bahkan harta yang mereka kumpulkan dan anak-anak itu telah menjadi azab terhebat dalam hidup mereka sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “รan janganlah harta benda dan anak-anak mereka (orang-orang munafik) menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka dalam keadaan kafir.” (Surah at-Taubah 9:85)

Akhirnya kita sedari bahawa kejahatan ibu bapa telah meranapkan impian mereka sendiri. Jangan asyik memperkatakan isu anak derhaka jika kita tidak sekelsaikan dulu isu ibu bapa yang derhaka. Jangan masukkan stres dalam rumah jika anda mahu terlepas daripada dituduh menderhaka kepada anak. Belajarlah mengawal diri, mempersembahkan diri anda yang terbaik untuk isteri dan anak. Melepaskan segala kekalutan di luar rumah hanya di tepi pagar rumah anda, jangan bawa masuk dan ceroboh jiwa-jiwa bersih anak-anak kita.

Seorang bapa semestinya ingat untuk apa keletihan yang dirasainya, jika bukan untuk mendapatkan imbalan kasih sayang keluarga. Bukankah sia-sia rezeki yang dibawa balik ke rumah dengan wajah penuh kebencian akhirnya dibalas dengan tangisan isteri dan anak? Hidup sebegini terlalu meletihkan, sudahlah kerjapun letih, takkan anda hendak sambung pula keletihan itu dengan konflik dalam rumah pula?

Bagaimanapun bukan salah suami seorang jika dia tidak selesa di rumah, isteri juga mesti sensitif dengan keadaan suami. Sediakan apa yang membuatnya selesa jangan cuba tambahkan stresnya dengan masalah baru. Kalau isteri sudah berusaha tapi suami masih tidak berubah, agaknya perlu pelan yang lebih telus dalam mencipta komunikasi yang kondusif.

Jika mahu berkonflik, ingatlah masa depan anak-anak. Mahukan anak anda soleh dan bijak? Ia bergantung dengan kesolehan dan kebijakan ibu bapa mereka dalam menyayangi dan menghargai sesama sendiri.


P/s : seronotnyer copy and paste kannnn??mudah kerja...dah jadi satu entri..panjang pulak tuh..hahahaha...


KETAM NIPAH @ KETAM CINA



Dolu aku pernah buat entri makan2 ketam nipah kat restoren pak ya..tapi lupa tepek info lebih pasal ketam nipah ni apakah hukum memakannya..nah, kasi korang tahu lebih tapi kalau still was2 boleh shoot terus soklan korang kat Jakim lah untuk kepastian..tapi bagi aku yang memang dah telan isi ketam nipah tuh..dah jadi najis dah pon, konpomlah aku makan tanpa ragu2..


Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mar 1990 telah membincangkan Menternak Binatang Dualam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:-
i. Perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dualam.
ii.Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama';
a. Menurut jumhur ulama', perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dualam.
b. Menurut Mazhab Maliki, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah harus
 
Keterangan/Hujah: 

Mengikut istilah sains, haiwan dualam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru.Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya.

Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan.

Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.

Katak adalah sejenis binatang dualam yang hidup di air dan juga di darat. Menurut Mazhab Syafie, tiap-tiap binatang yang hidup dualam adalah haram dimakan.