IKLAN..

Tuesday, March 27, 2012

SETEL HUTANG PINJAMAN PELAJARAN MARA THRU AKAUN 2 EPF..


Ehemmm...

Panjang giler aku punyer tajuk entry kali nih....tapi bukan pasal makan....ok...aku dalam proses menyetelkan semua hutang2 belajar MARA yang masih berbaki RM12 ribu lebih..Dari tamat belajar hingga sekarang, selepas hampir 5 tahun bekerja di sini dan 2 tahun bekerja di kompeni lama, pinjaman hanya berbayar sebanyak 3 ribu lebih saja..liat betol nak bayar kan?haha..gaji ciput beb...bayar sikit2 pon tak abes..eh, sape cakap aku tak concern hal hutang2 nih..aku sampai buat standing instructions potong thru akaun...

nasib baik aku di bawah pinjaman MARA dimana tiada sebarang interest atau caj2 perkhidmatan seperti PTPTN ( kawan2 panggil PTPTPU..)...ko pinjam 30 ribu, maka 30 ribu lah yang ko kene bayar...tapi aku kira aku agak beruntong sket pasal dapat 50% less dari MARA....Pinjam 30k , bayar 15K..Untongkan????sebab tu aku sayang MARA....
(kipas lebeh nih) dan aku harap nanti anak aku pon akan dapat pinjaman MARA tersayang masa dia nak sambung blajar nanti...hehehe...

Ok...sekarang memandangkan umor makin meningkat...hutang tak setel2 lagi...aku decide nak bayar abes...menggunakan akaun 2 EPF aku...aku pon baru tahu boleh bayar gini...
(aku jer ker?)..

lepas dapat tahu, cecepat tulis surat ke MARA, mintak dokumen yang berkaitan especially statement terkini MARA kepada EPF..., surat perjanjian MARA dan surat tawaran dari MARA which is semua2 dokumen yang original dalam simpanan aku dah hilang entah kemana dan aku MALAS nak cari..hahaha...again, naseb baik MARA ade semua itu dan provide semua dokumen yang aku mintak....memang bertambah sayanglah kat MARA...hihi..


 

Hari2 menanti surat reply from MARA dan akhirnya...yaribaaaaa....besok tu jugak terus ajak hubby pergi EPF...tapi bukan datang berlenggang kangkung yer kawan2...korang kene bawa bersama salinan I/C dan Salinan Transkrip yang telah di sahkan..jumpe pegawai kat kaunter, terus dibawa masuk kebilik untuk proses yang seterusnya...Maksimum yang korang boleh keluar dalam akaun 2 semaksimum  yang ada dalam akaun 2 keh..paham kan?
Aku keluarkan 10k saja, balance hutang aku top up duit aku la yer...tapi tak tau kot2 laki maks bermurah hati nak tolong bayorkan...jimattttt duit mak..hahaha...(* miskol ni yam! *)

So sekarang aku perlu menunggu selama 21 hari bekerja untuk EPF proses permohonan aku dan infom aku via surat atau sms dari tarikh 23/3/2012...hmmmm...masih menanti nih...tak sabor nyer nak tunggu setel hutang  ku ini..ringan sket kepala otak...yabedabeduuuuuuu....

 


Sabda Rasullulah S.A.W :

“ Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya”.


( Riwayat At-Tarmizi )

Tata....

45 comments:

hilmannawi said...

alamat mara untuk dapatkan dokumen semua tu apa ek? nak try mitak juga dokumen2 tu. sbb hilang ntah ke mana dah..

Unknown said...

der..alamat MARA kl xtau??nah amek nih siap dgn no fon skali...Bahagian Kawalan Kredit Tingkat 3 Ibu Pejabat MARA Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur.26132155 kol now!kol now!

Nini Best said...

Seronoknya baca entry ni...ada gak org senasib dengan saya. Saya pun ingat nak langsaikan semua hutang dgn MARA. Boleh saya tau tak dokumen apa yang kita kena mintak dekat MARA tu. Setakat info yang saya ada kita kena ada
1. Penyata baki pinjaman kita
2. Agreement

betul tak?

Unknown said...

yup cik Nini Best..pastu donlod form dari epf..kat form tuh dia kasi tahu details ape yang derang nak..pastu baru bleh buat checklist dengan pihak MARA..so far sepanjang berurusan, MARA sangat membantu..

Unknown said...

salam sis..nk tanya,borang apa yang nak kena download tu?nak try la..

dayana fezura zaini said...


cik june mazura boleh donlod form pengeluaran KWSP 9H..kat situ disenaraikan details2 yang derang nak..

Unknown said...

Kalo pinjam ngn mara then xcomplete study still leh kusrkn akaun 2 tu ke utk settle payment?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Awk, nak tanya..mmg semua org dpt potongan 50% ke??atau kena maintain pointer2 tertentu bru dpt diskaun??

Unknown said...

Erm..setahu saya kalau dapat pointer 2.00 pon dah lepas dah tu..dah bleh dapat potongan tp ikut bape percent lah yg mara nak kasi..adik sy kene bayar 7k jer dari 30k sebab pointer 3.5 above..huntongggg sangat!

Unknown said...

Cik erma, klu x complete study sy xtau pulak bleh ker kuarkan dt epf tu.better u kol epf tanyer.klu tangguh2 ni lagi serabut kepala...

Nur Hazirah Iffah Hashim said...

Saya baru sedar yg dokumen perjanjian ngn mara dh hilang..boleh ke mintk kt mara? Sbb risau mara suruh byar semua nye. .

dayana fezura zaini said...

Boleh...mara mesti ada salinan punyer...dia xkan lepas gtu2 je org yg hutang ngan dia hihihi..jd, if dokumen hilang, sila tros mintk dgn mara..

the Red Voodoo Doll said...

Salam,
nak tanya sikit, pasal you ada tulis yang you keluarkan lebih daripada amaun untuk bayar MARA. kat kaunter they will ask berapa kita nak keluarkan ke, atau you request sendiri?

thanks.

Unknown said...

salam.
ada contoh surat utk mintak salinan perjanjian mara tu x?

Freeholy said...

salam sis,aku ada problem ckit tarikh pengajian untuk diploma tahun 1999-2001.. pinjaman MARA dah dpt pengurangan 75% just nak bayar 25% jek lagi..malangnya kat borang KWSP tu.. just untuk tahun pengajian yg bermula tahun 2001 keatas jew.. untuk akaun kedua..rasa rasa ada harapan lagi tak?

dayana fezura zaini said...

Wsalam..u, i tak keluar lebih drpd amount kene bayar kat mara.hutang i dgn mara 12k..i cuma keluar 10k je thru epf..belen bayar pkai duit sendri..nak keluar lebih atau kurang kene cek dgn epf officer..

dayana fezura zaini said...

Wslam..adoyai..minta maaf..dah xde dlm simpanan la..just buat surat rasmi je ke mara..

dayana fezura zaini said...

Wslam..halamak..susah nak cakap..aku punyer tarikh pengajian 2001 keatas..mmg kat form epf tu ada stated tarikh tahun pengajian yg boleh keluarkan duit epf..cer ko buat rayuan..

Unknown said...

salam, nak tanya kalau nak buat surat rasmi hantar ke alamat bhg kawalan kredit ke?..dalam berapa hari dia akan respond?..

dayana fezura zaini said...

Wsalam..klu ikut pengalaman deal dfn kawalan kredit, respon sangat cepat..dlm 2 minggu derang dah siapkan2 sumer dokumen yang diminta...lepas submit surat jgn lupa follow up..dpatkan siap2 nama officer supaya next urusan akan lebih mudah..selamat menyetelkan hutang!

Unknown said...

Surat sudah hantar, tapi tak dapat follow up sebab mara tersangant susah nak angkat kol..semua ext dah kol..adoi la..harap dalam minggu ni sampai la..surat pernjanjian sudah jumpa...cuma surat baki pinjaman format kwsp je lagi..kenapalah kwsp ni nak macam2..padahal itu duit kita..xbayar marah, bila org nk bayar macam2 lak..

dayana fezura zaini said...

Based on my experience dealing wt epf,xde facing ape2 masaelah pon..duit pon dpt cepat. Mebi it depend dgn sape yg kita berurusan kot..

Unknown said...

Surat format kwsp nk amek ktne sis?

Unknown said...

Surat format kwsp nk amek ktne sis?

dayana fezura zaini said...

Pihak mara sendri dah ada surat format ke kwsp tu..sy just buat surat rasmi ke mara minta semua dokumen yg epf nak n mara reply bersama2 dokumen serta surat ke epf. Better kol mara terus utk details..

dayana fezura zaini said...

Pihak mara sendri dah ada surat format ke kwsp tu..sy just buat surat rasmi ke mara minta semua dokumen yg epf nak n mara reply bersama2 dokumen serta surat ke epf. Better kol mara terus utk details..

JUST TAKE ME AS WHO I AM said...

Sis. Nak tanya, kalau kite xbuat surat. Tpi email. Boleh ke? And, kalau surat tu, sis ade ke contoh suratnyer?

dayana fezura zaini said...

Xsure boleh ke email je..better buat surat..lebih formal sbb nnti nak mintak mcm2 dokumen jugak kat derang..contoh surat xde..buat je surat rasmi yg simple2..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam akak. Semua dokumen yang berkaitan dengan mara hilang. Jadi saya plan utk terus pergi ke pejabat Mara tu.

Soalan :

1) Boleh tk akak bg thu apa je dokumen yang perlu diminta untuk settlekan loan ni?

2) If pergi sana terus mintak all the document, org office tu nk layan ke?

3) Betul ke this info yang mengatakan jika tarikh pembelajaran kita tu dah lebih 1 year, kne bayar full amount?

Thank you :)

Unknown said...

Aslm kak..
Saya dah hantar dokumen2 tu melalui pos tapi katanya kena tulis surat rasmi sekali...
Betul ke?
And kalau saya xtulis surat just hantar dokumen sahaja adakah permohonan saya itu dikira valid atau saya kena hantar sekali lagi?

dayana fezura zaini said...

Wslm..mula2 u print dulu borang yg nak keluarkan duit kat epf tu..tengok syarat2 yg epf mintak..tgk apa dokumen yang epf mintak utk buat pengeluaran akaun 2..lepas tu dah tau apa dokumen baru u buat surat rasmi ke mara..mintak segala dokumen yg epf nyatakan..nnti mara sendri akan reply kpd u berserta dokumen dan surat kpd epf..dah dpt dr mara, baru u pergi balik epf jumpe pegawai kat kaunter utk buat pengeluaran..

dayana fezura zaini said...

Kalau xda surat dari u cemaner derang nak tau u nak mintak ape..better buat surat rasmi ringkas.berurusan secara formal mmg memerlukan surat rasmi u....

Unknown said...

Salam nak tanye ada syarat pointer ke nak selesaikan bayaran melalui kwsp??

dayana fezura zaini said...

Wslm..maaf..xpasti la pulak klu nak keluar duit epf pon kene bersyarat sebegitu..better direct tanyer wt epf..

Unknown said...

salam kak.ada no mara tak...nak tanya pasalkn nm sttle kn melalui potongan kwsp

dayana fezura zaini said...

Wslam...awak...refer kat komen pertama bole?.kt situ ada no tepon mara...tak pon awk tepon je 103..

Unknown said...

Saya nak tanya, kalau surat perjanjian pinjaman mara tu hilang bagaimana ye? kena denda ke or something else?

dayana fezura zaini said...

Wslam..sorry lmbt reply...alahai dik..dokumen apa akk dah lupa..cer ko donlod dulu form yg nak keliarkan duit epf tu..kat situ sumer nama form yg dia nak dia kasi tau..pastu ko buatlah surat rasmi mintak mara kasi dokumen2 yg epf nak tuh..akk pumyer pon sumer dah hilang...semua akk mintk kat mara..ko jgn dtg main terjah pulak..buat surat rasmi dulu..pastu ko kasi la time..diorang pon nak kene gali dulu dokumen2 tu..berkenaan dgn tarikh pembelajarn tu akk kurang pasti..kene tanyer tros ngan mara..okeh..

dayana fezura zaini said...

Sy punyer pon hilang jugak..semua pulak tuh..takde pulak kene denda..elok je derang kasi salinan..huhu

dayana fezura zaini said...

Sy pon hilang jugak..xde kene denda pon huhu..boleh mintk ngan derang..tp sila mintak secara formal yer via surat rasmi..

dann dann said...

syarat untuk pembayaran pinjaman mara melalui kwsp
1.tamat belajar
2.hanya pinjaman pelajaran sahaja dibenarkan
dgn maksud pedahuluan@komputer tidak dibenarkan
3.blh memohon melalui online kwsp..isi by online,tunggu sms dari kwsp biasa dlm 3-14 hari bekerja

Unknown said...

Kami diberi Pinjaman Peminjam swasta yang bersertifikat di negeri bersatu, kami menawarkan pinjaman bercagar dan tidak bercagar kepada individu, firma dan badan korporat pada kadar faedah 2%. Jumlah wang antara jumlah $ 1,000.00 hingga $ 5.000.000,00.Kami juga menawarkan semua jenis Pinjaman.
Untuk lebih lanjut
butir-butir untuk mendapatkan pinjaman hubungi kami, Sila balas
segera ke e-mel ini di: westlakefinance@usa.com atau anda boleh hubungi +1 (518) 841-1788. +1 (415) 562-0740 dan tambahkan pada WhatsApp +19495231457
Terima kasih

Unknown said...

Alhamdulillah sy dh mohon pengeluaran online tggl serahkn dokumen dgn g cap jari.Pn bila dah buat permohonan ni pihak kwsp akn direct bayar ke mara kn?