IKLAN..

Thursday, March 29, 2012

RUMAH FREEHOLD ATAU LEASEHOLD?MANA SATU JADI PILIHAN ANDA?


Rentetan pertanyaan dari seorang rakan yang mahu membeli rumah....aku  gigih cari thru google and found out this untuk rujukan aku sendiri..details bace SINI..dan SINI jugak tau...

**********************^_^***********************************

kedua-dua pegangan ini memiliki keistimewaannya tersendiri. kebiasaannya tanah jenis leasehold berada di bandar, oleh kerana itu ia menjadi tumpuan kerana lokasi dan fasiliti seperti pejabat kerajaan atau pusat membeli belah selalunya berada disini. Tanah-tanah freehold pula mungkin sedikit kebelakang dari pusat bandar, tetapi nilai tanahnya lebih kurang sama dari tanah-tanah dipusat bandar.
 
Freehold dan leasehold adalah jenis pegangan individu yang dianugerahkan kepada pemilik hartanah berkenaan asset berupa tanah atau bangunan didalam tanah pihak berkuasa.
Sebagai maklumat tambahan, di Malaysia kita mempunyai empat jenis akta perlembagaan tanah yang dikenali sebagai (Akta 56, 1965) kod Tanah Nasional, 1965. Akta 1963 Kod Tanah Nasional (Penang dan Melaka), Kod Tanah Sarawak, dan akhir sekali Kod Ordinan Sabah.

Kod Tanah Nasional 1965 hanya boleh diguna pakai di semenanjung Malaysia sahaja. manakala akta 1963 diguna pakai untuk negeri-negeri tersebut.

Freehold pada asalnya adalah satu kawasan tanah yang telah di serah milik oleh pihak berkuasa kepada individu. Tanah yang dipegang oleh individu tertera didalam geran tidak mempunyai had masa tertentu. Malah kebiasaanya tanah pegangan bebas ini mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi berbeza dengan leasehold yang punyai sekatan tempoh milik tanah yang tetap untuk beberapa tahun dan sudah tentu freehold boleh diwarisi pada anak cucu kita nanti kerana freehold land punyai geran individunya sendiri.

Didalam undang-undang umum, pihak berkuasa sebenarnya tidak menyerahkan tanah sepenuhnya kepada mana mana individu. Dibawah seksyen 76 Kod Tanah nasional, 1965 menunjukkan bahawa tanah negeri akan digugur peganggannya apabila kerajaan persekutuan ingin menukar status geran tanah freehold tersebut kepada tanah negeri. Selain itu, jika kerajaan negeri berpuas hati yang tanah tersebut akan digunakan untuk tujuan awam ia juga boleh menerbalikkan status tanah freehold tadi kepada tanah leasehold. Ianya terletak kepada budi-bicara pihak berkuasa. Kiranya jika kerajaan nak amik dia ambik juga, cuma nilai freehold lebih tinggilah dari leasehold. Sebab itu ramai yang memilih freehold.

Manakala Leasehold atau pegangan sementara adalah jenis pegangan tanah yang diserah oleh pihak berkuasa kepad individu pada tempoh-tempoh yang tertentu. Tempoh pengangan sementara ini mengikut sekyen 76 Kod Tanah Negara, 1965 tidak melebihi 99 tahun sepatutnya.

Tanah – tanah pegangan sementara ini selalunya berada didalam bentuk kumpulan iaitu “master title”, oleh kerana status hak miliknya “pelik” dan ada sekatan-sekatan tertentu, malah kebanyakkan tanah jenis leasehold ini tidak boleh dipindah milik hanya boleh ditambah sub-nama sebagai pemilik tanah leasehold. Kerana itu sebelum anda membeli tanah jenis leasehold tanya dahulu akan statusnya dulu adakah ia punyai batasan apabila digunakan untuk dijual semula, atau boleh di pindah milik pada geran individu. Tanah leasehold juga mempunyai batas jika ia di beli pada unit bumiputra.

Sebagai contoh, jika anda membeli sebuah rumah teres dua tingkat dari pemaju dan pada waktu itu anda menikmati potongan 7%-10% diskaun bumiputra, setelah beberapa tahun anda ingin pula menjualnya. Untuk harta ini anda hanya boleh menjualnya kepada individu bumiputra sahaja.

Setelah selesai mecari pembeli, langkah seterusnya anda dikehendaki meminta kebenaran kepada pihak berkuasa untuk memindah milik hartanah terbabit kepada individu lain. Proses ini memang mengambil masa yang lama; selalunya akan memakan masa 6 bulan atau lebih. Dalam tempoh ini mungkin anda akan punyai masalah dengan pembeli kerana tempoh yang lama ini memungkinkan beliau mencari alternatif lain atau sudah tidak berminat dengan harta anda.

Berbeza dengan leasehold, freehold tidak mempunyai masalah atau sekatan-sekatan keatas tanah dan nilai pasaran freehold tinggi kerana tempoh pegangannya tanpa had.

Nota Tambahan :-

 Kini. (1984 – 2009 )

Pada tahun 1984 melalui warta kerajaan Akta A 587 KTN telah dipinda. Pemberimilikan hakmilik tanah untuk individu dan badan tidak lagi diberi milik secara selama-lamanya lagi malahan secara bertempoh dengan tempoh yang tertentu sahaja. Jadi tuan-tuan akan mendapati hakmilik didalam bentuk Geran Mukim dan Geran Negeri yang dikeluarkan selepas ini akan mempunyai tempoh pegangan yang tertentu. Ini bermakna syarat asas hakmilik pegangan bebas itu telah tidak dipatuhi dan juga bermakna hakmilik sebegini bukanlah hakmilik pegangan bebas lagi.

Maka antara leasehold dan freehold tidaklah jauh berbeza...lagipon kita takkan hidup selama 99 tahun...cume untuk milikan kekal boleh diwariskan kepada generasi2 kita akan datang ( anak/cucu )...manakala leasehold masih mempunyai peluang untuk tujuan investment kerana ianya mendapat permintaan tinggi kerana lokasi strategiknya.

Ada paham?Paham kalu kasi jatuh lu orang punya kepala....



P/s : kitorang pon tangkap rumah leasehold  jugop!


No comments: