IKLAN..

Monday, January 24, 2011

RENTETAN PERJALANAN KE PROGRAM TEAM BUILDING

Bas bertolak dari opis pkul 4.30 pm(+-)..Tiba di Felda Residence Trolak jam 6.30 pm
(+-)..First impression…cam tak best jerk tempat nie pasal masuk entrance tuh nampak cam kem tentera pon ader..tp tiba di tempat check-in tuh…oh ok…not bad..
Dapat bilik yang katil 2 tuh..share sebilik ngan member dari Selayang Branch…Kak Yan ( Norazean Abd Rasak )..comey n kiut jer akak tu…badan solid cam anak dara..tapi tak sangka sbb dah ader anak tiga dowh…malu kejap pasal aku anak baru sorang, dagu nak nak berlapis…sob..sob…

Agak sedikit bengang coz tak diberi taklimat di awal ketibaan, so tak tau nak buat aper pas tuh..Seb baek member da pas awal2 tentatif program…so rehat jap..pkul 7 pm, shoot trus ke tempat makan…Dinner da ready…memang superb n tak mengecewakan la..memandangkan kami antara yang terawal  tiba kat tempat makan  tuh, agak malu2 coz tak tau betul ker  da bleh makan kat situ…takut kang tetibe kene halau..malu plak den…nak amik makanan pon kami was2..tp ternampak plak bdk HR tengah syiookk makan…serta merta rase malu pon ilanggg..haha…lapar tawww..!!

Lepas da isi minyak, balik trus ke bilik, wat la ape2 yg patut kan…8.30 mlm…trus ke tempat bilik latihan di Alamanda 2..menapak la jugak..boleh dikatakan sepanjang berada di program ni..kami asek berjalan jer…jarak ke satu2 tempat jauh plak tuh..penat..penat weh…makcik dah lame tak exercise nih…turun naik tangga tu tok sah cakap la….hadooiiii…..antara acara yang berjalan di bilik latihan tuh ialah get to know session,  ice breaking..& group formation..

Kami dipecahkan kepada 5 kumpulan dgn ahli seramai 8 org…my group terdiri daripada mereka2 berikut..myself, mazwati, yan, jimin (HQ), kak liza, kak da, hafiz n zamani
( Branch )…ngam2 la 4 laki 4 pompuan..tugasan pertama bermula…diberi masa sepanjang malam tuh utk cari nama kumpulan, cipta logo, tag line, lagu, lirik n persembahan…idea mmg tak dtg mencurah-curah pon utk aktiviti neh…dah katernyer penat kan..otak pon tak berjalan la…nama group kami pilih formula y=mc koser dua tuh…sonang…lagu, lirik n persembahan sumerrr kedaunggg..yg banyak maen peranan is our ketua la..kami goyang sikit2 sudeyyyy…pkul 12.15 tgh mlm..setel..masuk bilik n tidoooo…Sok pg kene wat persembahan sebelum mula aktiviti laen..oh yer …tak luper gak..kami diberi telor ayam sorang sebijik ..konon2 sebagai amanah la untuk dibawa kemana sj kami pergi..kalau tinggal kat bilik atau pecah..kene tolak markah…

Seawal 7.30 pg mase untuk breakfast..setel..bergerak semula ke bilik training..semua group buat persembahan yg selama 5 minit tuh..then kami dibawa berjalan kaki bergerak ke tempat maen paintball plak..jauh gilerrr kooo berjalannnn…sangat2 letih..ni tak main game lagi da letih…camner tuh..!smpai markas…perjalanan dlm stengah jam kot…tak ingat tppp mmmmggg gilerrr jauhhh……..Setiap grup kene lawn ngan bandit yg diorang dah sediakan utk kami…ingatkan lawan sesame sendri…blehla kot maen gelak2 jer..ni kene lawan ngan bandit ko…dah ler diorang pakai baju kaler pokok…kitorang punyer game nie kat dlm hutan…kene la lat talilat tamplom sbb sumer ngelak mule dulu…group kami kene turn nombor 3..berdebar-debar tauuu….!!




Kami ni terutamanya kaum wanita ni takut kene tembak…setelah diberi taklimat..game bermula…makcik kene tembak ko kat perutttt ni haaa..sakit jap…tp sakit jap jer…senapang dia memang berat…dah kater first timer kan…mmg lintang pukang la dalam hutan tu..dah pakai helmet..mmg tak nampak clear…udahler aku ni rabunnn…
Tp group kami berjaya gak merebut jalur gemilang dari pihak musuh ngan jumlah ahli terkorban seramai 3 orang…jadinyer y=mc dapat la nombor 3…not bad la kan..

Bergegas balik ke hotel untuk lunch n rehat sekejap…sbb after lunch nak smbung maen game Treasue Hunt lak..penattt wehhh…Treasure Hunt di Felda Hot Spring Sungai Kelah…canteeeeekkkkk sangat tempat tuh tp disebabkan makcik da pancit sbb berlari sana sini g dapatkan jawapan…makcik takder mood nak mandi ayer panas tuhhh…
Ai g celup kaki jer la utk hilangkan penat n sakit kaki..tapi tak ilang pon sakit tuh…sementara menunggu ahli2 laen mandi manda, aku n 2 org akak branch dok lepak kat reception centre..ader ekoooonnn..tu yang penting weh…smpai la pkul 6.15 ptg..baru la kami berkumpul naek bas untuk pulang ke kem…dalam bas dapat telor rebus sebijik sorang hasil daripada treasure hunt tuh untuk dimakan…sedappp plak raser telur tuh ek…haha…laparrr…

Tiba di bilik, rehat n aku bantai tidoooo smpai pkul 7.45…bangun..mandi..solattt…kasi fresh sket badan kannn…barula g makan pasal pas dinner nak ke bilik training balik nih..ader game indoor plak……..makan cam biase iszzz alwaysss heavennn…dah kater bayar mahal kannnn…….tak shedap kang kene komplen lak…malam tu dinner style western..no nasik2 kayyy…kami jadik kambeng la mlm tu sek makan salad..tp ader steakkk…huhuhu…syedaapppp…dapp…dapp..ingatkan malam tu bleh la dilepaskan ke bilik awal sbb masing2 da penat n keletihan..tp still aderrrrrrrr gak game tp lite-lite  nyer game..Still ader belas kasihan dari Dr. Love…oppppss..luper lak nak introduce…our instructor aka consultant ni dari Barefoot Consultancy – Dr. Azahari Othman aka Dr. Love…kenal tak???ala…yang jadi pakar motivasi masa AF yang ader mawi tuh…haaa…dia tu la…dia kasi lepas pkul 10 malam…balik bilik..borak2..ngumpat2…gossip2 jap…pkul 11.45 mlm kitorang tdo…Zzzzzzzzzz….

Last day…g sarapan cam biase…n ader gak game lagi n sesi pergulungan atas sumer2 aktiviti yg kami buat sepanjang berada di kem..last sekali..sesi amik gambar..of course la…sesi bergambar tu cam dah jadi acara wajib sepanjang berada di kem n ape jua aktiviti…dah tak larat nak senyummmm kayy uuooooollllsssss….tiba di opis jam 4.30 ptg..hubby amek…overall…terbaekkkk walaupon kepenatan…senin makcik kene datang keje neh…haduuuhhh..capekkk sekali…abbess da citer 3D2N di kem…

P/s :- Pics akan di upload selepas di terima dari akak2 branch ku..

Friday, January 21, 2011

MUHASABAH DIRI...

Nie sy copykan dari emel yang sy terime..untuk kesedaran diri sy sebenarnyer ..sbb sy tak penah cukup dgn ape yang sy dapat…sikit2 la kot..tapi banyak yang tak cukupnyer tang gaji..memang sikit berbanding ngan penggunaannyer..tambah2 lepas da ade anak nie..selalu je mengeluh..memang hubby slalu marah sbb sy tak gheti nak bersyukur..tp sy ni hanya manusia biasa..tak lepas dari membuat silappp..kalau rajin, bacer la sampai abbess..so..sama-samalh ktier bermuhasabah…renung-renungkan k..
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2.

Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.

Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita.

Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malangmanakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Adaorang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.
Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak!

Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk.

Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan.. -.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.
Wallahu'alam. -..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULIL -LAH ......"
P/s : Sy tak pandai lg nak kater cukup..camner nih?nak kene ketuk pale ker weh???

RENUNGAN PADA SAPE2 YANG ADER BABY..


Semoga ianya menjadi iktibar bagi kita semua, terutama yg ada bayi kecil...
please take note of this for our on good.... 

orang tua-tua selalu cakap.... bila balik dari melawat orang meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah. 

Di sini ada cerita yang mY HearT terbaca tragedi yang menimpa seorang bayi perempuan yg terkena badi mayat....sama2 kita ambil pengajaran.................

"Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. 

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu didatangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu). 

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memandang wajah seorang demi seorang. Beliau berkata yang di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak  mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada.Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah ... katanya).

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua, dan bukannya seorang tetapi tujuh orang. Benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya), jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal. 

Sampai satu tahap saya berdoa agar ada makhluk Allah yang meninggal pada hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dengan izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulillah. 

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang kecil itu dimandikan menghadap kiblat berserta sepotong doa yang diberikan.Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan, separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.

Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin daripada neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. 

Saya menceritakan kepadanya dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Apabila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu saya yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. 

Pintu dan tingkap diminta  dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya sangat rindukan selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan spontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. 

Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan  sesuatu). Penutup pengukus pulut itu dipenuhi dengan cacing2 dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke dalam longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu  kepada saya, suami dan keluarga yang ada. "Ada seorang daripada ahli keluarga saya yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan,kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya." Cik Man cakap itu adalah badi mayat. 

Kebetulan memang bapa saudara saya  sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kepada bayi saya. 

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya untuk membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya sebagai penghargaan kerana saya gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang sekali lagi untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. 

Saya pun mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah dipenuhi dengan lumut. Saya bertanya kepada tuan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang ke rumah Cik Man. Mamak tu berkata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. 

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man, saya sedekahkan kepada surau yang berhampiran. Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal."

*Emel yang diterima daripada my sis..fwarding by hamba Allah..Apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.

RENUNGAN..

Apa itu Istidraj...

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

So,Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja.. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

P/s : Entry ini adalah peringatan untuk diri sy sendiri yang jaraaang nak bersyukur..Semoga sy
Di jauhkan dari sifat2 keji diatas..AMINNNN.

LAWAK LA...

DS Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years. The Malaysian Insiders has its story, here. Frankly, I will miss him very much especially for all his funny quotes he made all these years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, “We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit too much color”. Therefore, as a token of appreciation, I just wanna share his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Sekian..da abes wehh..

JIWA KACAU..

Nak share sumting ngan orang pompuan neh…rentetan daripada email yang aku terima…
Betulke pompuan nie slalu ader kecelaruan minda…?

Mari kita kaji isu yang seterusnya...

Laki talipon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?

Bini jawab,
Takmau bang, bini awak diet...

Laki pon balik umah, goyang te*o tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....

Bini jawab,
Memangla orang kata takmau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa.... 
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?
-----------------------------------------------------------------


Laki talipon bini,
Petangni awak nak masak apa Yang?

Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...

Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

----------------------------------------------------------------
Bang, ujung mingguni balik kampung nak?

Abang keja lah yang....

Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik


Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.


Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?


----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker... 
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain

Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?

---------------------------------------------------------------
Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....

Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...

----------------------------------------------------------

Makcik tak tuduh orang lain,
aku tuduh diri sendiri.... muahahahaha
tapi... makcik sorang jer ker yang jiwa kacau mcm nih?
perempuan lain tak ker? ha? ha? ha?


SELINGAN DI PAGI HARII..

Sambungan dari entry lepas neh..
Tadi terserempak ngan sorang member neh dlm lif…nampak aku pikul beg sandang yang tak baper nak membesar la sangat kannn…weh….banyaknyer barang ko bawakkk….semalam nmpak hubby ko bwk beg besar…ni yang ko pikul ni bwk jugakkk…ape yang ko isik nihh..(ayat telah diubah supaya seydap sket dibace! ) aku hanyer mampu tersengihh jerk…A’ah…semalam aku da suruh habby post beg kaen baju ke opis siap2..kami ni g koje naik moto..payah nak membawak beg balik kampong wt motor….tapi bagi aku, takder la banyak maner pon…dah diorang cakap bring anything you think should bring….aku ni cume menjalankan perintah jer..tapi dasar pompuan kannn.aku tak cakap majority..mebi minoriti...memang camtulah gayernyerrr…selagi beg tak penoh..selagi tulaaa disumbat ngan segala benda…salah sorangnyerrr..AKU ler..tapi..tapii..tapikannn….tak salahkan…???...ok habes da..

SELAMAT PENGANTIN BARUUU...

DEDICATED TO MY OLD FRIEND A.K.A MY ROOMMATE….

NOR FASYAREENA KUBAK & KHAIRUL AMRI CHE HUSNI…..yerrr…anda berdua la itewww yang dimaksudkan….

Salam, terlebih dahulu aku ingin menyusun seploh jari kerna tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan sedari yang bakal bergelar puan..ecececeh..cuti memang telah aku reserved kan untuk majlis kenduri ko tapi apakan daya..laki mak exam noks…! Oleh itu tidak dapatla mak datang ke negeri Johor darul takzim nan indah dan permai iitewww…ape kater ko wat majlis resepsi  utk kengkawn ko yang dok kat kl neh…cun???hahaha..jangan marah ek noks…tak baek bakal pengantin mare2…mare2 sayang takper lerrrr…..kiter jumper masa anak aku darjah satu nnti ek???hahaha.. …Dulu mase aku bujang, aku pergi kann sumer majlis kenduri kengkawan kiter tawww..K.Mas, Hajar, Umi, Miza…majlis Yana ( P/s : Yana..you know the truthhh k ) jer aku tak dapat gi..tu pon pasal ko la…!eksiden la plakkk ( aku ditipu idop2..sob..sob ).ko tau takkk, aku da iron baju sesiap tinggal nak sarung kebadan jer…hajar plak dah jalan kaki ke bus stop..Seb baek tak naik bus lagi…Mujur la aku sempat koling dia..!Kalau tak, dah kemaner ntah makcik tuh…marah campur geram ni taww…!!ok ok ok sorry ke lauttt..SERIUS k….sorry ek tak pat datang..nak datang TAPPPIIIII aral plak melintang…puas dah aku tarik aral tu ke tempat lain tapi kat tarikh ko tu jugak dia nak melanding…ape pon selamat pengantin baru..semoga majlis berjalan lancar..selamat hendaknyer semua ek..n slamat menjalani kehidupan suami isteri….semoga kekal abadi hingga hujung nyawa….AMINNNN…

Wednesday, January 19, 2011

NTAH LA NOKSSS!

Baru lepas khatam bacer blog umi hafilda…takdela aku taksub sgt pon ngan politik2 neh tp cume interested je nak bacer..saje je nak cekidaut..Sampai berpinar gak la biji mate aku nie punyer seksaited bacer nak khatamkan ari ni jugak…hadooiiii…penin mak noks!ntahla…kalau  dah involved ngan dunia org besar2..cam ginila jadinyer..hanya ALLAH SWT saje yang maha mengetahui…Semoga kebenaran akan terbukti…nak komen2 lelebih..tak gheti..bahkan tak mengikuti pon…mase aku kene panggil interbiu ngan gomen, aku takut diorang tanyer pasal kementerian n Menteri2 itu ini pasal aku mmg tak amek tau lansung…yang nama glemer2 tu tahu la aku..seb baek korang tak tanyer aku soklan2 tuh…seb baek korang tanyer sape namer bini PM…ape name bendera Malaysia, bendera Malaysia ader bape kaler…warna biru melambangkan aper, bintang ader baper bucu..tu sumerrrrr aku tahuuuuuu…yeayyy…wei..Jumaat petang neh aku akan bertolak ke Sungkai….kawan aku cakap itu tempat manyak beshhhh…tak kesahla kan..yang penting selesa…senang nak g toilet di malam hari…kalau toilet yang stok2 kat luar bilik tu…mokcik lomah sket…alamatnyer mokcik takkan bangun sampai ke pagi la…hahaha… k la…see u next entry di lain hari pasal besok cuti daa…rayer…korang g semayang rayer tak besok kat batu caves????weeeeeeeeee…

Monday, January 17, 2011

BATIK FROM GANU..











I bought this baju batik at Terengganu....the price???cer teka....haha...RM5 hengget...murah wehhh!

A