IKLAN..

Monday, December 19, 2016

NAIK MRT FREE


Semalam hari ketiga mrt beroperasi..tapi terpaling best sebab ianya percuma hahahah..jadi mohler angkut anak2 merasa naik mrt...walaupon mrt ni depan opis iols je tapi iols bukan pengguna public transpot..iols lebih suka naik transport sendiri...tapi dah kalu terdesak bolehlah jugak naik mrt ni kan...dari minggu lepas2 sebelom bang jib datang rasmi lagi iols banyak kali nampak mrt ni dok test drive..ulang alik depan mata kitew..ini tak boleh jadik..sementara masih free ni eloklah kita test naik hiks..

Percaturan iols test mrt tak berapa nak tepat sebab ramai gila orang oi..sumer pon nak naik mrt..memandangkan hanya laluan ke sungai buloh je yang baru buka jadi weols naik dari stesen semantan..naik di tempat sendri, parking pon senang cari yer dop?..tak pernah2 jalan semantan sesak di hari minggu tetibe semalam sesak dengan kereta pulak..huhuhu..

Anak anak yang paling eksaited..ahhh, derang tu naik ketapi letak koin kat tesco pon eksaited sokmo..agak berpeluh jugak lah woi tunggu turn..bukan sebab ramai orang tapi ketapi asek la stuck kerana kerosakan teknikal katernyer..dari semantan menghala ke sungai buloh, berpeloh oi dalam ketapi..panas..ekon tak kuat..tapi dapat duduk..lega disitu..tapi disebabkan aseklah stuck manjang..tak sampai stesen tapi asek la berhenti, mohla kita turun di stesen bandar utama..kosser pulak nak tunggu sampai hujung stesen..pastu patah balik ke stesen semantan tapi tren pulak penuh..maka kene berdiri..tapi ekon kuat..dan paling best takde stuck2..laju je dia pergi hehehe..



Anak anak asek komplen kenapa tak dapat tempat duduk sebab masa pergi seat banyak kosong..kenapa ramai sangat orang himpit2...derang bukan tau realiti naik public transport hatta sebesar mana pon dah namanya public transport memang cenggini la rasanya huhuhu..bang jib je naik public transport lapang takde orang...

Apepon ianya satu pengalaman yang menyeronokkan bagi anak2..derang memang suka naik public transpot..asek mintak nak naik bas dan ketapi..tapi iols ni bekas pengguna public tranpot..kalau boleh dah takmo dah naik public transport..penat dan leceh..tapi public transport also memudahkan bagi orang yang memerlukan..

So sementara masih free ni pergilah korang naik..at least kalau ketapi asek stuck pon, ianya free hahaha..kang dah kene caj pastu korang sebok2 nak test pastu asek stuck, memang boleh mengundang amokan kottt..

No comments: