IKLAN..

Tuesday, December 27, 2016

LUNCH @ SEOUL GARDEN IOI CITY MALL


Memang silaplah kan sebab keluar jalan2 masa cuti krismas..ingatkan semua maknusio pon balik kampung rupanya melepak kat mall korang yer...kalau tak disebabkan memang dah plan awal nak makan kat sini makanya iols merasalah masuk ioi city mall ni..kalau tak memang babai  je la lalu tepi bangunan je huhu..

Dalam iols punyer pikiran kalau kat mall besar cenggini mestilah tempat makan dia pon besar dan banyak pilihan...too bad, syiok lagi seoul garden kat setapak central itew..tapi takpelah..dah pergi dah pon..selain dari makan dapatlah masuk tengok mall..tapi i tell u very the sesak okeh..jalan pon tersekat sekat dek kerana terlalu ramainya orang..iols tak suka sesak cenggini..thats why iols prefer pergi tesco atau aeonbig je huhu...no point pon nak masuk mall kecuali memang ko ada something nak beli la kan..iols pon bukan sejenis yang berjalan di soping mall..iols prefer tempat riadah luar kalau untuk anak anak...



Nak masuk seoul garden pon kene letak nama dalam waiting list 30 minit...sementara menunggu dipanggil tu melilau lah weols berjalan sekitar mall tengok deco sempena krismas..luckily tak sampai 30 minit derang dah kol infom ada tempat kosong..seriuslah...makanan tak berapa meriah..seafood pon tak pelbagai macam kat setapak central..mungkin derang pon terkujat kot tetibe customer serbu reramai...tapi sop ayam dia sedappppp...

Dah namanya membawak anak2 makan memang tak terkawal..derang tak berapa nak makan..mujur bayar tompang kad privileg member..dapatlah harga member which is budak2 punyer makan is free..kalau tak apipdoli tu dah kene caj 18 hengget okeh..sangatlah rugi sebab beliau bukan pemakan punyer worang..huhu

Lepas makan, tade nak jalan2 cuci mata yer..anak tetibe nak berak la pulak..nak pergi toilet dalam mall pon super pack dengan orang..jadinya mohler cari masjid kat luar dan teros balik rumah...hahahahaha..begitulah caranya weols spent our time kat ioi citu mall..mall pon besar sangat..iols stress kalau mall besar sebab tak dapat jalan semua tempat..untuk mengelakkan stress semakin kronik kita jangan jalan...lepas makan tros balik rumah yeayyy...



No comments: