IKLAN..
Saturday, July 16, 2016
PERGINYA SEORANG ABAH..
Innalillahiwainna ilaihirojiunnn...
Hari ini...16/7...abah iols, seorang #cancerfighter telah pergi meninggalkan kami semua setelah beberapa tahun bertarung dengan cancer stage 4..since 2011 - 2016..allahyarham telah meninggal dunia pada pukul 4.30 pagi dan disahkan waktu kematian beliau jam 6 pagi oleh pegawai hospital...
Iols bersyukur kerana arwah pergi dengan tenang..walaupon officer hospis inform yang abah tengah nazak tapi tak nampak rupa nazak pon...jarak antara waktu kematian dan pengebumian jugak singkat....alhamdulillah..allah bagi urusan kebumi arwah berjalan dengan cepat dan lancar sekali..kubur pon siap gali cepat...duduk kat rumah pon tak lama..shoot terus ke urusan mandikan jenazah dan kapankan arwah..terus letak jenazah di masjid untuk urusan pengebumian..
Abah iols dah selamat dikebumi di tanah perkuburan bukit sri permai ampang...kawasan baru..tempat cantek..walaupon baru buka punyerlah cepat tempat tu full..iols tengok tarikh tapak kubur pon untuk kematian tarikh 13/6 je pon dah sampai 3 kubur teros...manalah tak cepat full...wuwuwuw..
Paling sayu bila diberi last call untuk cium abah dan penghormatan kali terakhir, hujan turun selebat lebatnya waktu imam dah mula ikat kain kapan...teros jantung rasa sesak..tapi rasa gembira bila imam puji bersihnya muka abah..yelah, kita masing2 takkan tau pengakhiran hidup kita nanti macam mana...moga2 baiklah hendaknya..abah iols dah tanggung sakit sangat lama..walaupon 2 tahun lepas doktor cakap jangka hayat abah cuma 1 minggu tapi beliau tetap bertahan..kanser bukan penyakit ringan2..sebagai anak, iols sedeh bila beliau pergi tapi dalam masa yang sama rasa kelegaan sebab dah tak sanggup tengok abah tanggung sakit..again, kanser buat abah lemah luar dan dalam...sakit dia bukan sikit2 oi..sampai kene togok morfin hari2..
Semoga abah iols tenang di alam sana..di alam barzakh..alam sebelum dibangkitkan ke dunia yang lagi satu..
Sayonara abah!
P/s : maaf, pose menonggeng..itu je shot terbaik..itu pon rembat gambar orang..huhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment