Sekarang
ni makin kerap pulak iklan Mcd kat tibi kan??kan??korang boikot lagi ker Mcd
ni??setakat ini aku laki bini masih memboikot Mcd..tapi to be honest aku boikot
Mcd pon bukan sebab Israel, Palestin dan peperangan..Mcd pon rasanya dah
declare derang tak terlibat dengan penyaluran wang atau dana atau subsidi
kepada Israel untuk senjata perang tapi takat mana kesahihannya ntahlah..Kalau
nak boikot, haruslah boikot semua yang ade kene mengena dengan Israel yer
dok??Tuh FB..Israel punyer..tapi aku masih join FB sebagai medium perantaraan
aku dengan kawan2, adik beradik, sepupu2...aku masih menggunakan fb yang aku
anggap sebagai notice board supaya aku alert dengan isu2 semasa.
Banyak
sangat produk Israel yang secara kita tidak sedar menjadi barang kegunaan
harian kita di rumah...banyak sangat info tentang barangan Israel yang sampai aku pon tak tahu betolker semua
produk ni datangnyer dari Israel???..Meh bace sedikit info pasal barangan
Israel ni yang aku cilok kat Embunsuchi.blogspot.com..
* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara
Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan
Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab
terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan
membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di
Kiryat Gat.
* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia.
Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan
Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan
korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi.. Melalui
komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan
Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.
* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments.
Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam
R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli
daripada Perdana Menteri Netanyahu.
* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan
Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai
oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini
adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem
adalah milik mereka.
* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson,
menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis.
Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center
yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.
* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar
Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi
Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung
Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah
rakyat Palestin oleh Israel.
* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di
Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri
Netanyahu.
Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?
Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru
akibat dari sumbangan kita?
*****Point2 diatas yang aku cilok dari EmbunSuchi tidak dapat dipastikan kesahihan faktanya..adalah lebih baik korang pergi check sendri...tenkiup!!
# Caner
ni weh..Bedak Revlon aku tak abes lagi nih??takkan nak buang..rugi2!..Stok Maggi
pon banyak lagi kat rumah. KFC??baru je beli minggu lepas siap buat entri
kesedapannyer lagii...uhukk!!.Cornflakes – sekotak tak bukak lagi,
M&M..alamak, peberet apip,Halls – pengganti ubat sakit tekak hoii, Kotex –
alamak ni lagi la memang stok wajib bulanan nih, produk Johnson Johnson –
hmppssttt apip banyak pakai brand nih, keju Kraft pon ade stock dalam esbok
lagi..,Nokia-henpon aku brand nih, hmmm ni memang kene tukar nih...hahaha, BUM equipment- seluar
jeans aku..hmmm ni pon memang nak kene
tukar lah ni..hihi, Carrefour-ok dah tak boleh beli barang sini dah,
Tesco-adoooiii aku baru buat kad mata point nih, HP-ni kat opis aku pakai pc
cap HP, guano??
..Rasenyer
kalau kita nak boikot sekali harung memanglah tak mampu kan?Boikotlah mane yang
korang rase mampu nak boikot selow2...ok??..aku beli barang2 ni pon takde niat pon nak sokong Israel nih..perubahan
perlukan masa..pada aku, aku boikot Mcd bukan sebab ianya barang Israel tapi
atas dasar mahu mengurangkan makanan junkfood untuk family aku..apip pon aku
dah dedahkan dengan Mcd dan KFC dari umor dia kecik walaopon makan sekadar kentang,
ianya tetap junkfood...aku tau ianya tak elok tapi like i said, perubahan
memerlukan masa, kekuatan, usaha, pemahaman dan kerjasama dari orang
sekeliling...Moga aku boleh berubah, kalau tak banyak, sedikit pon sudah cukup
membantu...
No comments:
Post a Comment