IKLAN..

Thursday, June 21, 2012

SIAPA APENDIKS NI?


Nak up entry pasal Apendiks plak kali ni....sebab dialah perut aku kene toreh tempoh hari kerana suspected Apendiks...aku copy paste dari SINI..banyak jugak info yang aku dapat untuk rujukan orang-orang yang senasib ngan aku...

Terdapat segelintir daripada kita mempercayai bahawa apendiks adalah sejenis penyakit apabila memakan biji buah/biji cili.Namun kepercayaan ini adalah salah sama sekali kerana apendiks merupakan organ yang terdapat dalam tubuh manusia. Bagi yg bukan dalam bidang medic,mari mengenali sedikit tentang apendiks.

Apa itu apendiks?
Apendiks merupakan tiub yg sempit ,berongga  dan hujungnya tertutup .Ia bersambung dgn cecum(bahagian awal usus besar). Kebiaasaannya ,panjang apendiks ialah 10cm.Diameternya pula antara 7-8mm. Nama lain bagi apendiks ialah “vermiform appendix” kerana bentuknya yg seperti cacing.


Apakah Fungsi Apendiks?
Fungsi apendiks telah lama menjadi misteri dikalangan doctor,ramai diantara mereka mempercayai apendiks tiada fungsi di dalam badan.Jika ditanya mana2 saintis atau penyelidik,mereka pasti akan menerangkan betapa hebatnya ciptaan Allah,setiap bahagian dalam badan pasti ade kegunaan.Jadi,adakah apendiks diciptakan sebagai HIASAN semata-mata?

Setelah pelbagai kajian giat dijalankan,beberapa artikel dan teori dari saintis/doktor mula dikeluarkan berkaitan fungsi apendiks.

1.       Fungsi penting bagi fetus dan kanak2
Sel endokrin dijumpai di dalam apendiks fetus( bayi yg masih berada dalam rahim ibu,berusia lebih kurang 11 minggu) .Sel ini menghasilkan pelbagai biogenik amine dan hormone peptide,yg membantu memastikan biologi fetus dalam keadaan stabil.

2.       Rumah lindungan bagi bacteria baik
Apabila berlaku cirit birit/kolera secara berulang,bacteria2 baik akan berlindung di dalam apendik.Bakteria2 baik ini diperlukan utk membantu di dalam proses pencernaan,penyerapan dan pembuangan makanan yg anda makan.

3.       Sistem pertahanan badan
Apendik dipercayai memainkan peranan  penting dalam sistem pertahanan badan .Tisu limpoid mula berkumpul sejurus selepas dilahirkan dan mencapai tahap maksimum pada usia 20-an dan 30-an,menurun dengan cepat dan hilang apabila mencapai usia 60 tahun.
Pengumpulan limpoid ini membolehkan apendiks bertindak sebagai organ limpoid, yang membantu B lymphocyte(salah satu darah putih)menjadi matang dan menghasilkan antibodi yang dipanggil immunoglobulin A (IgA) antibody.Para penyelidik juga mengatakan apendiks terlibat di dalam menghasilkan molekul yg membantu arah pergerakan lymphocyte ke seluruh tubuh badan.

Apabila darah putih terdedah dengan pelbagai antigen atau bahan asing yg terdapat di dalam sistem pencernaan badan,apendiks membantu membantutkan serangan ini  dengan menggalakkan penghasilan immuniti setempat.Immuniti setempat ini mengambil fungsi yg sangat penting di dalam menghasilkan pertahanan badan dan mengawal makanan,ubat,microbial, ataupun antigen virus.
Namun begitu,kaitan antara immuniti setempat dan penyakit usus besar masih dalam penyelidikan

4.       Digunakan ketika dalam pembedahan.
SEBELUM INI,pembuangan apendiks dijadikan rutin ketika pembedahan yg melibatkan abdomen.Ini bagi mencegah sebarang kemungkinan berlakunye radang apendiks(appendicitis) di masa akan datang.
SEKARANG,rutin ini tidak lagi dijalankan ,sebaliknya apendiks ini disimpan kerana dikuatiri akan digunakan jikalau pundi kencing terpaksa dibuang kerana sebab2 tertentu.Di dalam pembedahan tersebut,sebahagian usus dijadikan gantian pundi kencing dan apendik pula dijadikan otot yang mengawal air kencing(sphincter muscle).Maka pesakit tersebut dapat menahan air kencing.
Sebagai tambahan,apendiks berjaya digunakan sebagai gantian untuk sebarang penyakit pada ureter(salur yg membenarkan air kencing untuk mengalir dari ginjal ke pundi kencing).


 P/s : Kesimpulannya melalui apa yang doktor2 kat hosp manjung tuh bagitau aku, apendiks ni ada atau takde, takde hal lah..kalau doktor tuh tu tipu, maka tipulah aku yer..



No comments: