IKLAN..

Wednesday, January 25, 2017

PEMBELIAN TANPA RELA


Rentetan daripada permasalahan iols semalam...yer...pasal beg sekolah je pon...huhu...iols salahkan hormon mengandung kerana telah menjadikan iols seorang yang super pemurah....atau mereng walaupon ketika membayar harga beg iols dalam keadaan waras dan ingat nombor pin..balik dari ambil anak di taska dan sekolah teros ke spektrum mall...punyerlah tak menyempat tunggu weekend..tapi weekend ni weols balik kelantan oi..memang takde masa dah..balik dari kampung nanti konpem penat..dan tertangguh semua urusan..

Iols dah riki awal2 di internet semua pasal beg yang iols dah aim dan kedai yang nak dituju..masuk mall tros ke kedai beg swan..takde kona2..mula2 suruh anak pilih tapi pilihan merepek..alang2 beliau nak beg troli, iols suruh cari troli boleh tanggal in case tayar pecah..weols pilih troli roda 3 pasal boleh bawak naik tangga..kali ni pejam mata je la harga beg sebab nak troli boleh tanggal, nak hantar repair pon senang pasal biasanya konsep beg sekolah ni kalau tayar cabut consider tak boleh pakai tros dah..kosser plak nak beli baru..boleh dikendong sebab ianya ringan lepas cabut troli dan tak melebihi paras bawah bontot anak..kalau zip rosak pon still boleh hantar kedai balik dan repair..tali beg rosak pon boleh ganti..iyer ke ni..ker janji manis orang kedai je ni???...memang amukan lah kalau semua ni janji pelesu..jangan main2 dengan amukan orang preknen..unpredictable okeh..huhu..



Lantas beg yang berharga 268 hengget pon bertukar tuan...campur beg sekolah anak nombor 2, 17 hengget pasal buat muka seploh sen dalam kedai..ohemji..handbag iols pon tak semahal beg sekolah anak..dalam kereta pesan banyak2 kali pada apipdoli untuk memastikan pembelian berbaloi perlulah dipakai selama 3 tahun...jadi kita tengok samada mampu ke tidak bertahan 3 tahun beg otromen ini...

Pagi ni masing2 pergi taska dengan senyuman sambil membawa biskut sorang sebungkus dan menayang beg yang baru dibeli..

No comments: