IKLAN..

Monday, August 15, 2016

RUTIN BARU


Aktiviti hujung minggu sekarang sangat pack. Itu pon mujur ada gap masa antara kelas..mengah lah jugak nak kene turun naik tangga rumah..

Apipdoli dah start kelas agama beliau awal 6 bulan..sepatutnya beliau mula kelas bila masuk darjah 1..tapi weols awalkan sikit..boleh belajar pelan2..lagipon apipdoli sangat banyak masa free..sekarang duduk taska..balik tadika beliau dah rehat walaupon kat taska pon ada aktiviti tapi ringan2 punya aktiviti..weekdays apipdoli sekadar di tadika dan taska sahaja....untuk kelas agama, beliau perlu datang on weekend untuk belajar...nampak macam kesiannya alahai tetiap hari kene pergi kelas..tapi anak2 iols ni terlebih tenaga..jadi weols salurkan tenaga derang ke tempat yang betul daripada asek tengok kartun je kan.. ilmu agama pon penting jugak..nak sendri ajar takut salah info hihi..sesat pulak kang..lagi satunya pulak sebab makbapak tidak memiliki tahap kesabaran yang tinggi...takpe, kita pas kat orang yang lebih arif ilmu agamanya..


Habis kelas agama, pukul 4 petang kene attend kelas renang pulak..cuma hari ahad je lah yang boleh rehat sebab kelas agama di waktu pagi sahaja..padat tak padatlah jadual anak iols..tunggu apipdoli dah mahir berenang boleh stop kelas dan masukkan anak nombor 2 pulak..kalau boleh nak masukkan apip macam2 kelas supaya dia boleh belajar banyak perkara. Tapi rasanya cukuplah setakat ini dulu..pening pulak kepala anak iols nanti...biar apipdoli belajar satu2..Sekarang ni zaman serba mencabar. At least iols nak apipdoli ada ilmu daripada zero knowledge..supaya dia takkan rasa loser dengan rakan sebaya..

Sebelum ni apipdoli macam bermasalah dengan kawan2 kat kelas agama..mungkin beliau susah nak sesuaikan diri... homework buat ala kadar, hafazan buat gitew2 je, dalam kelas tak bercakap lansung, duduk sorang2, takde interaksi dengan pengajar, asek mengelamun...haih.....lepas weols dah ekplen dengan ustazah kasi ustazah nampak situasi dan perangai apip, ada sesi heart to heart talk, barulah nampak perubahan pada apip..sekarang sangat lega bila apip dah ok boleh bergaul dengan kawan2..dah boleh sembang2 dengan ustaz ustazah..iols nak anak iols hepi datang kelas..barulah ilmu senang masuk...after all,apip pon baru 6 tahun..semua masih dalam proses belajar..

So hari ahad iols hantar apip sesambil tu nak buat sport check samada apip betul2 dah ok ke tidok kat kelas agama..makanya bertanggalah iols di kelas agama sampai waktu rehat..seronok tengok dia boleh get along dengan kawan2..makan sama2..makan pulak roti hotdog..kalau kat rumah demand lah sangat..habis waktu rehat, anak masuk kelas balik makanya iols pon bertukar port lepak di ampang point..yahooooo..lama tak masuk ampang point oi...dulu tak best..sekarang pon tak best..huwaaaaaaa..boring...dari dulu hingga kini begitulah juga keadaannya..cuma adalah kedai2 makan yang baru..tapi takkan nak masuk..jam baru pukul 10 hoi...


nasib baik ada eskrim sangkaya..first time try..hahahaha...walaupon tak kalerful macam eskrim baskin robin, walaupon topping tak banyak dan pelbagai macam tuti frutti tapi sedap lah jugak..boleh diterima anak tekak..rasa dia tak manis sangat..manis lelemak jer..macam ala2 coconut shake ler jugok..oleh kerana ini pertama kali yer, iols cedok sumer toping hahaha.meriah eskrim iols...3 scoop 7.50 sen..


Ini kenduri durian di rumah emak..seronok makan durian ramai2 walaupon durian kampung je pon bukan durian ada gred tapi rasa dia ya ampun sedapnyer....tenkiu emak belanja durian untuk anak2 walaupon anak2 dah tua2 boleh beli durian sendri tapi emak tetap belanja anak2 hehe..

Minggu depan iols akan bersiaran dari kelantan....hahahaha..


No comments: