IKLAN..

Tuesday, August 2, 2016

PENGESAHAN PENDAFTARAN DARJAH 1 / 2017 UNTUK APIPDOLI


Lagi kurang lebih 4 bulan apipdoli nak masuk darjah 1. Cepatnya waktu berlalu..bujang dah anak iols..start akhir tahun ni dah kene beli baju sekolah untuk apip..baju melayu dan sampin jugak..walaupon beliau tak pergi sekolah agama di waktu petang, iols nak biasakan apipdoli pakai baju melayu di hari jemaat. Nampak gaya macam beliau sangat liat nak pakai baju melayu..sama macam bapak beliau..hewhew..songkok pon takmo pakai..jenuh pujuk masa nak tangkap gambar raya...mujur songkok murah je iols beli..apedaaa..pakai baju melayu mestilah one suit siap sampin songkok bagai..barulah gojes..itu pon susah..somi iols the first and the last pakai all together so called baju melayu masa nikah..7 tahun lepas...huhu..itu pon songkok dan sampin pon pinjaman juga..selama 7 tahun kawen, baju melayu beliau 2 pasang sahaja..itu pon baju melayu waktu nikah dan waktu bertandang..tahun lepas buat baju sahaja..seluar tade..konsep dia adalah jimat...oh tapi konsep jimat itu cuma boleh apply pada beliau sahaja..sekian.

Semalam iols mencutikan diri..untuk buat pengesahan pendaftaran kemasukan darjah 1..seblom ni ada masalah tang pengesahan online pasal iols register anak masa tahun 2015..tahun 2016 derang tukar pulak sistem..jadinya sistem tak boleh detect id anak..koling pihak sekolah derang suh buat pengesahan manual.. kerja iols dah setel..sebab pihak sekolah dah tolong buatkan pengesahan online untuk apipdoli..cuma iols datang sekolah semalam untuk sahkan pendaftaran dan ambik nama kelas apipdoli..bulan 11 nanti akan ada exam untuk penempatan kelas yang sebenar..haih..dasyat bebudak sekarang..sampai kene exam nak cop kelas..iols dolu2 sape daftar cepat dapatlah kelas depan2..lambat kalu dapat la ko kelas belakang2...menetaplah ko di kelas yang sama sampai darjah 3..result exam darjah 3 tu barulah berubah kelas iols...tadenyer nak daftar2 online bagai ni..mak iols pon tade nak kene berkali2 datang sekolah..lek2 je beliau uruskan kemasukan anak2 yang seramai 7 orang tu alone..

Sekarang ni menunggu bulan 11 lah weols..iols dah infom apipdoli awal2 akan ada exam bulan 11..tapi being budak2, apa dia kesah?...lantoklah..jawab je lah kan..hati mak2 ni gelabah dia lain macam..macamkan exam besor hihihi...moga2 iols tak jadi mak2 macam ittew..sila pasakkan dalam otak 'anak haku baru naik darjah 1..sila jangan hover sangat'...

Daaa..

No comments: