Since aku sekarang ni ada anak lelaki, nak share lah dengan sape2 yang punya anak lelaki juga seperti aku..huhu..hasil dari carian di blog2 ilmiah sebagai panduan untuk aku....sebab seringkali kesabaran aku ni teruji dalam menangani masalah perangai anak lelaki aku yang kadang2 makin lah bikin aku panassssss dan tak terhandle...selalu kalau anak buat perangai, aku pukul tapi makin kuat pukul makin degil......info dibawah aku ambil dari blog INI..
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:Anak
yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak
bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana
haiwan menjaga anak.
Tahap kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita
mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik
dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka
selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan
kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa
hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka
terkawal.
1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang
disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan
dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka,
apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika
tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu
dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan
kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali
tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat
bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak
:
- Mengenai solat di awal waktu
- Adab dengan orang tua-tua
- Adab dengan guru
- Adab dengan kawan-kawan
- Tugas harian di rumah
- Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
- Tatacara makan mengikut sunnah nabi
- Cara belajar yang berkesan
- Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
- Keselamatan jalan raya
- Tanggungjawab melindungi adik-adik.
2. Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa
terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan
sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak
langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan
maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita
tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak
boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih
berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.
3. Kaedah Soal jawab
Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab.
Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang
cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai
diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini
hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan
dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan
sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu
bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan
teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah
memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak
daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi.
Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat
ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak
yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang
cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang
tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
4. Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang
negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan
gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana
pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita
sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman
anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada
denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan
kejayaan yang pernah mereka kecapi.
5. Kaedah nasihat dan teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan,
suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza
dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak
boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah
merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.
6. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan
bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk
kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun
bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan
hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi,
mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik.
Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau
berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih
penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan
yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan
anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika
tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh
menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
7. Kaedah latihan yang berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan.
Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang
cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah
latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan
jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak
lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih
ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak
salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering
dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri,
menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan
sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang
berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang
serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka
meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka
berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana
bimbang anak itu akan bersifat takbur.
Sumber: Majalah Wanita November 2005 - 7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang oleh Noraishah Ismail
No comments:
Post a Comment