IKLAN..

Wednesday, March 6, 2019

REGISTER ANAK TAHUN 1 ONLINE BAGI TAHUN 2020/2021


Haluuuuu....pejam celik tak sangka anak nombor 2 nak masuk darjah 1..sekarang beliau masih 5 tahun...pendaftaran kene buat awal takut penempatan penuh, tak pasal2 kene campak sekolah lain kawasan pulak..susah makbapak nanti...so macam biasa kene isi online..tapi iols notice yang kali ni punya online sket punya banyak info depa mintak...ke sama je macam tahun2 sudah?masa anak pertama dolu, print borang pon sekeping je untuk submit ke sekolah..la ni bertambahlah kepingan dia...huhuhu...paling depa nak details bab info pasal vaksinasi..sekarang pulak banyak benar isu antivaksin, budak mati sebab tak vaksin..haih....

Makanya semalam teros pack file anak nombor 2 siap2 masuk dalam beg pergi kerja..dalam file complete sumer dokumen termasuk surat beranak, sijil nikah, dan paling terpenting sekali haruslah buku rekod imunisasi anak...sebabnya masa nak isi form online kene rujuk buku rekod imunisasi...kalau tak , konpem tak ingat weh...kepala mak terlampau sarat dengan pelbagai info jadi dah tak boleh nak recall balik tarikh sekian2...

Macam biasa lepas isi form online, sila print sumer untuk dibawa ke sekolah dalam masa 2 minggu dari tarikh register berserta dokumen asal dan salinan yang lain...surat beranak kene bawak yang original supaya pihak sekolah boleh cop belakang sijil menandakan anak ko dah didaftarkan..tapi itu belum lagi sah anak ko dapat sekolah tu..cuma sah daftar je..nak tau sah dapat kene tunggu surat reply dari pihak sekolah...sebab tu masa submit form dan complete dokumen tu kita submit sekali dengan sampul surat dan setem beralamat sendiri supaya pihak sekolah boleh kasi tau anak diterima masuk sekolah mana..

Untuk mengelakkan dokumen tercicir, buatlah list siap2..senang kauorang nak rujuk...lepas tu simpan di tempat yang ko boleh cari balik..sangat berguna balik bila anak ko naik darjah 1 sok...simpan dalam fail anak siap2...inshaallah selamat...iols prefer buat file setiap anak...senang nak rujuk...compilekan segala maknek dokumen dalam 1 file berlainan untuk setiap anak...

Apa lagi..pergi daftar sekarang...kementerian kasi sebulan je masa untuk isi online ni..after 30/4 ko dikira daftar lambat...


No comments: