IKLAN..

Monday, January 1, 2018

WELCOME 2018


Sekejap je tahun 2017 meninggalkan kita..setahun tu dah macam sekejap sangat..pejam celik eh eh dah masuk tahun baru... banyak sangat kenangan pahit manis sepanjang 2017...tapi nak kenang yang manis2 je..yang pahit takmo ingat...paling manis iols melahirkan anak perempuan tunggal pada bulan 5..allah kasi iols peluang untuk merasa dapat anak perempuan walaupon sorang..syukur...

Tahun 2017 juga anak sulung iols memulakan persekolahan beliau...alhamdulillah..dah ringan sikit beban perbelanjaan bulanan..selagi ada anak di tadika perbelanjaan bulanan dan tahunan dengan macam2 fee registration sangatlah menyesakkan..tapi nak tak nak tetap kene bayar jugak..

Tapi tapi tapi kan..weols dapat rehat setahun je lah pon..tahun 2018 anak nombor 2 pulak masuk tadika..sesak balik la poket untuk 3 tahun sampai beliau masuk darjah 1..pastu sambung anak ketiga pulak..hadoii...macamnilah makbapak iols dolu2..tapi lagi sesak dari iols sebab adik beradik iols 7 orang oi..walaupon 7 tapi abah tak pernah masukkan weols adik beradik ke tadika kemas..huhu..tetaplah merasa tadika yang hebat2..tenkiu abah...sobsss..

Penutup tahun 2017 diakhiri dengan majlis sambut menantu dah tahlil untuk arwah abah..alhamdulillah...lega dah dapat penuhi hajat emak yang nak sangat buat majlis sambut menantu..walaupon majlis serba sederhana yang penting maksudnya tercapai..

Anak2 dah makin membesar...semoga iols dapat tengok anak2 iols bersekolah dan membesar depan mata..semoga allah beri kesihatan ya g baik2 pada kami sekeluarga terutamanya pada emak, makpak mertua, onyang dah dapat lihat cucu cicit diorang membesar..

Iols tak pasang apa2 wish pon sempena tahun baru...takde apa2 azam dah pon..just nak jalani hidup macam biasa dengan anak2 dan somi serta emak dan ahli keluarga yang lain..

Babai 2017..selamat datang 2018..moga yang datang baik2 sahaja inshallah..

No comments: