IKLAN..

Monday, October 24, 2016

SEMBANG KENCANG


Lamanya tak membelog..macam2 isu sekarang ni..gaduh adik beradik pun jadi isu hot..paling terhot pom pom pasal kes adik tak amanah makan duit anak yatim..sekarang pon dah jadi kes mahkamah..masing2 dengan pendapat masing2..dengan adik beradik pon boleh saman menyaman..tapi tak hairan pon..sedangkan anak pon boleh je saman bapak hewhew..donia2...pasal duit semua gelap mata...buka belog hiburan pon dah xde isu hiburan semata2..semua isu campur aduk janji yang viral huhu..sampai tak tahu sape yang retis ni..itu belum lagi nonton berita tibi tiga suku..semua berita pon cedok yang apa viral kat fesbuk..

Hmmm..baik iols hapdate cerita bapak iols huhu..dah 3 bulan lebih beliau dikebumikan..kubur beliau masih tak bertanda..sekadar pakai nombor je lah..selagi tanah tak betul2 kukuh tak boleh nak mekap lawa2..tadelah smpai nak pacak mp3 untuk alunkan bacaan yassin..bapak pemalas nak baca kalau yer pon nak sedekah yassin...lagi afdol kalau dibaca sendri yer dok?

So sekarang tukang jaga kubur cakap dah boleh tempah batu marmar untuk kubur abah...weehuuu..teros emak iols buat tempahan sepantas kilat demi somi tercinta beliau..kos keseluruhan adalah dalam 1200 hengget..mesti kubur arwah abah lawa nanti..weols masih ingat abah pesan jangan lupa lawat beliau selalu...walaupon tadelah hari2 melawat kubor abah tapi dalam ingatan dan hati tetap subur..cucu beliau yang kekecit pon boleh je ingat apatah lagi weols, anak2 beliau yang dah berpuluh tahun hidup bersama...walaupon abah garang, iols rindu sama abah!

Biasalah hubungan antara bapak sama anak..gaduh..baik balik..gaduh balik.. kene pelempang, kene simbah air...rasa nak lari dari rumah yang membuak2 tapi eh tak lari2 jugak..hidup je iols kat rumah itu..sampai beranak pinak..huahuahua...bila abah dah sakit, ada rutin baru pulak..berulang alik ke hospital..setiap anak ada peranan masing2..tak boleh sumbang duit kita sumbang tenaga..asalkan kebajikan makbapak terjaga...yelah..hidup kita ni ada ups n down...mana yang termampu tu kita buatlah kens...

Emak iols masih dalam iddah..weols pulak yang tak sabar menanti..bukan nak suruh emak kawen baru pon haha..cuma tak sabar nak angkut emak pergi jalan2 atau makan luar..by the time emak habis iddah, iols pulak dah tade duit...masalah besar tuh...hewhew..

Semoga emak iols tetap gumbira dan hepi2 je walaupon tanpa somi disis kerana dikelilingi anak2 dan cucu2 yang menyayangi beliau...inshaallah..



No comments: