IKLAN..

Wednesday, February 3, 2016

BONDING TIME WITH ANAK2 DI MORIB GOLD COAST


Last time datang sini masa umur anak nombor 2 6 bulan...kali ni kita repeat datang lagi supaya both anak2 boleh main kolam dan air dan gelongsor all out.. weols beli voucher murah2 saja di myimart.com...murahlah siket berbanding harga direct dengan hotel huhu..sekarang nak bercoti pon kene pilih yang ekonomi je..maklumlah semua pon mahal oi..rate hotel pon dah naik..jadi mari korek tabung holiday sobssss sobsss...


Weols gerak ke banting selepas anak nombor satu habis kelas..tahun ni apipdoli last year di tadika..takmo kasi dia ponteng banyak sangat sebab 5 tahun dolu kemain manjang asek skip kelas..takot la pulak asek monteng ketinggalan pulak pelajaran beliau nanti..tiba di banting ngam2 jam 2 petang boleh tros cek in wuhuuuu...bilik tak penuh lagi..orang pon tak ramai bolehla masuk awal..


Macam biasa..voucher include pass theme park dan brekpes for 2..so apipdoli dah kene bayar 21 hengget for brekpes n 10 hengget for theme park..tiket boleh pakai sampai day to cek out..


Akan tetapi adalah tidak berbaloi untuk bayar sehingga 21 hengget for brekpes kalau anak korang bukan pemakan huhuhu..so hari kedua weols tak turun brekpes pon sebab dah ada makanan kat bilik..nak turun makan sendiri2 je tanpa anak2 adalah tak sampai hati..iols makan sedap2 anak2 makan roti krim je huhuhu...jadi xyah turun makan..


Lepas brekpes bawak anak2 ambil angin laut di pagi hari...lapang hati tengok laut luas terbentang...ada banyak aktiviti kat sini..kalau anak2 dah besar siket bolehla bawak derang buat aktiviti lasak macam flying fox etc .....sediakan duit je laaaa...


Seronok...tapi anak2 tak suka lepak lama2 kat pantai sebab nak terjun kolam..walaupon semalamnya dah sehari suntuk weols berendam dalam kolam...sampai krem lengan..almaklomlah perenang serba boleh huahuahua..


Tak cukup dalam kolam luar...sambung kolam bilik air...tapi jari tak kecut2 jugok..


Malam pertama weols just tapau dan makan dalam bilik sebab anak2 dah kepenatan dan tido tak bangun2 lepas pulun seharian berendam..hari kedua baru bawak anak2 makan kat dataran morib..


Lepas makan lepak2 di dataran sambil tengok budak2 main roller blade..mungkin sekarang tengah musim roller blade kot di morib....


Memang tercapailah hajat nak bertapa di morib hahaha..memang tak kemana2 pon..anak2 lah yang seronok..sebab derang dapat main gelongsor air yang diidam2 kan..walaupon tak menarik macam di sunway tapi jadilah kan..asalkan senang makbapak nak pantau keselamatan anak2..kita datang nak berseronok2..takmolah sampai keselamatan anak2 terabai...biar la tempat kecit tapi anak2 dan makbapak gembira dan senang hati..

No comments: