IKLAN..

Friday, October 23, 2015

NASI GORENG SEAFUD FOR DINNER


Tajuk entri akan sama seperti entri sebelum ini kerana hari bekerja pon kene masak untuk makan malam...kerana, mahu membiasakan anak2 makan makanan ruji daripada terlalu bergantung dengan susu..budak2 kalau dah pekena susu, derang jadi malas makan sebab dah kenyang..

Sekarang pon waktu lunch somi dah jarang makan kat opis..fokus buat koje lah kononnya jadi beliau rekues nak makan kat rumah..barang2 basah dalam esbok pon penuh..daripada terbuang layu tak bermasak marilah masakkan jua mereka2 itu....iols beli mereka2 itu dengan duit...bukan dengan daun...


Anak nombor satu iols sudah 5 tahun..tahun depan 6 tahun..masih minum susu..sangat pemalas makan nasi sebab malas nak kunyah katernyer..minum susu senang, tros kenyang takde nak kunyah2..gitew punya reason pon ada eeee...memandangkan usia beliau sudah makin meningkat beliau perlu makan nasi sebagai sumber tenaga dan tumbesaran..bukan susu semata2..bila dah start masuk tadika, beliau dah normal sikit2 sebab bercampur dengan kawan2 makan waktu rehat..tadika beliau sediakan meehun, roti, bubur, koko crunch etc secara bergilir gilir..tapi lately dah nampak beliau liat balik makan makanan berat sebab asek nak susu balik..budak2 bila tak kenyang mulalah makan makanan merapu untuk kudap2 nak kaver rasa lapar which is susu memang dah tak boleh nak kaver rasa lapar beliau but masih pemalas nak makan..haih..

Maka, solusinya adalah iols perlu masak dinner di hari bekerja untuk memantau dan mengajar beliau makan tanpa terlalu memilih..letih wooo itu tak makan ini tak makan..habis, ko nak makan apa sebenarnya?? Sekarang iols punya undeng2 dalam rumah, makan apa yang mak ko masak tanpa komplen HAHAHAHA...kalau dulu iols ikut selera anak2..masak sop hari2..jemu hoih!!!tak berkembang skil memasak iols hokeh..but still idoklah makan beria pon..jadi suka hatik sekarang mak ko nak masak lemak ker, kurma ker, kueteow kungfu ker, nasi goreng belacan lima belas rasa ker tak kiralah...ko kene makan jugak!!

Progress nya sekarang bila iols masak dan duduk makan bersama2 iols boleh nampak beliau makan dan makan..hoh, boleh ponnnnnn...sayur pon dah boleh makan...senang hati iols..susu pon iols limitkan 3 kali sehari..air masak kene minum dalam cawan..kalau tak dikerah sampai darjah 6 nanti pon pakai botol susu lagi....huh!

Kalau boleh iols takmo sampai memaksa anak2 bab makan ni tapi kalau dibiarkan memang makin kurus kering anak iols.. mak kurus takpe jangan anak2 hewhew.. ajar derang makan nasi, sayur dan lauk pauk..iols takmo anak2 jadi fussy bab makan..orang lain berlapar tak dapat makan, yang ko dah ada makanan takmo makan pulak...meh sini mak ko buat undang2 sikit serta dabel garang baru lah nak follow..tskkkkk tskkkk...

Tak tau lah sampai bila nak kene jadi garang nih..penat tau..iols ni lemah lembut orangnya..auwwwww....mana biasa jewit jewitttt.....pui!!!







No comments: