IKLAN..
Wednesday, September 12, 2018
ANAK KECIK DEMAM RUAM
Last week anak demam panas..panas yang sangat panas..suhu cecah 38.9....dah makan ubat, jeram kepala dengan air, masuk ubat bontot, pakai cool fever pon tak kebah2 jugak panasnya...tetaplah membahang je badan dan kepala...demam pulak mai datang time malam membawak ke pagi..makanya rabaklah mata mak berjaga malam sesambil netekkan anak sesambil jeram kepala anak dengan air...tapi mata pejam...wow hebat sungguh rasanya...tskkkk tsk....
Disebabkan sebelom ni dah pernah on antibiotik untuk batuk which is last week jugak yang terjadinya, demam pakej batuk kali ke 2 ni duktur tak kasi antibiotik...just fokus makan ubat demam setip 4-6 jam..3 hari demam panas tak kebah..balik rumah cek badan anak sekali lagi...demam dah takde tapi ruam merah pulak naik...risau takut kene campak maka terpaksa kensel segala plan berkelah hujung minggu nanti huhuhu...
Mujur bukan campak..ia adalah demam ruam..mula2 macam konpius apakah ini..serupa campak tapi bukan...lalu menggugel..zaman sekarang ni ko gugel je kepling semua info boleh dapat..cuma antara betol atau tidak ajelah..so iols baca dan baca dan refer pada doktor...jangan lah plak kau pepandai bagi conclusion just based apa yang kau baca di internet..sila tanya pada yang pakar jugak...penat diorang belajar tinggi2..dan itu memang bidang diorang...selain dr demam yang tinggi, takde selera bagai..anak jugak cirit birit dan hidung tersumbat...thats why dktur boleh tros detect its demam ruam only..huhu..lega mak nak!
Disebabkan anak tak demam iols proceed bawak anak pergi berkelah..dan mandi sungai..tapi tak mandi beria..just lepak atas batu simbah air kat badan sikit2 layan air sungai yang sejuk..dah bertahun tak pergi mandi sungai dan air terjun..salah satu faktornya is kencing tikus..i is takut okeh..kene kat anak2 iols kang, naya je weh....harta dan nyawa tuh...jadi kenelah pilih tempat yang bersih sket tak macam dolu semberono je mandi janji sungai konsep dia..huhu..now mesti cari tempat bersih, ada orang jaga, mandi di kawasan air yang mengalir yadda yadda...
So sekarang anak dah tak demam..cuma batuk..hopefully by this week dah sembuh..tak larat nak dengar diorang batuk setiap masa terutamanya waktu nak tidur...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment