IKLAN..
Friday, March 27, 2020
CUTI SEKOLAH 2019 ~ ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON
Its school holiday...tahun ni takde fokus nak berholiday bagai yer...sebab tahun depan banyak nak pakai duit wuwuwuwuw...so kita combined bercuti bersama2 sibling yang lain tong2 bayar duit sewa hotel hiks...the main point nak bawak mak dan dan anak2 bergumbira..budak2 ni dapat mandi kolam pon dah super gumbira kan..so kita full fill kan ajelah kesukaan diorang di port dickson...
Sebenarnya bercuti untuk 2 hari 1 malam adalah tidak cukup...penat pon tak hilang..tup2 eh nak kene check out dah....tapi takpelah..dapat 1 malam berkumpul ramai2 pon ok sangat kan..nak berkumpul sekaligus sesama sibling susah sekarang ni..masing2 ada program...so nevermind..its sokay...riki punya riki mendapatlah apartment hotel di ancasa nun...780+- ada 3 bilik dan sangat besar dan selesa...sila bawak toto sendri sebagai tambahan... tido di ruang tamu pon selesa bak hang sebab ada ekon..weeeeee....
********27/3/2020 baru updated setelah berkurun simpan dalam draft.
So, hari yang weols tiba di ancasa tu kebetulan memang ramai yanga bercuti jugak..mostly hotel lain yang weols riki pon penuh bak hang...kalau ada pon harga tak masuk akal..tu yang mendapat ancansa apartment sebab price wise mampu milik untuk semorang walaupon weols tong2 je pon hahaha..kene fikir kemampuan semorang dan tujuan utama kenapa nak berkumpul ni kens..yang penting anak2 hepi dan makbapak pon hepi sebab dapat bawak anak2 bercuti tanpa merabakkan poket...Memang full house parking ancasa that day..kolam pon penuh uolss,,good thing is kolam dia bapak besar seluas alam..walaupon orang ramai tetap tak nampak crowded cuma kat kolam budak2 je la padat sket..weols jugak disajikan dengan pertunjukan api ala2 red indian gitew depan pools..
Dinner weols just tapau pizza memandangkan ada besday celebration. Pon berkurun menunggu pizza memang jeng pizza hut malam tu dek kerana terlampau ramai yang order huhuhu.. takmo keluar malam memikirkan budak2 pon dah letih mandi pools siangnya..sabar jugaklah menanti pizza...10 malam baru makan pizza...ko ghase?ajenyer mengundang obesiti ler kan..lichen plak tu kene bedal..semua pon lapar huhu..Esok pagi team lain pulak ditugaskan menapau sarapan..biler bawak orang tua2 dan budak kecik2 berjalan ni, one thing for sure kene pastikan sarapan diorang on time...so menapau ler kami di nasi lemak tepi kubor..selama ni punyerlah rajin datang pd tapi tak pernah pulak jumpe kedai ni walaupon fofular katanya..kali ni kebetulan ternampak kubor, toleh opposite site, nampak kedai ni..betul lah, memang ghamai orang beratur makan sini..tapi not sure apa yang sedap sebab rasa biasa2 sama macam nasi lemak lain..huhu..but again, rasa ni subjektif kan?
Setel sarap, sambung pulun mandi pools sebelum kene check out..habis mandi, bersiap untuk check out sebab weols nak pergi lunch di kedai ala2 koboi. pon katernyer famous dan ramai orang...majoriti nak makan kat sinun weols just folo je lah..main menu of kos ler ayam bakar. menu just biashe2. but i is kureng gemar biler serve makanan dalam bekas polistrene. depa dah siap2 isi dalam pinggan then bila kita order dan bayar at kaunter, bleh tros ambil makanan...memudahkan peniaga but not good to us coz we pay ok..
Makan laju2 dan tros angkat bontot sebab ramai tunggu turn nak makan...mohler kita berangkat ke muzium tentera...ya ampun, punyerlah ramai orang datang oi..meruyup ramai kebenor..derang ada buat program terbuka apa ntah..so, angkut deme2 ni masuk segala pintu muzium yang bukak..budak2 terlebih rajin siap masuk terowong bawah tanah while makbapak lepak tepi makan eskrim...panat lit2 tak boleh kawtim punyer..bahang sangat..pening kepala weh..habis tawaf muzium marilah kita pulang ke pangkal jalan. dah tak larat nak jalan walaupon hajat di hati nak singgah mesjid ala2 taj mahal di sendayan. len kalilah..inshaallah..
Overal weols hepi dapat spend time beramei2. bukan senang nak gather reramai macam ni. seronok dia lain maciam. feeling dia tak dapat digambarkan. semoga dapatlah dijadika acara tahuna keluarga zaini's clan.
Tata...
Thursday, March 5, 2020
RINDU
Lama tak bersiaran..rindu dengan blog...rindu nak menaip...rindu nak membebel sorang tanpa perlu kesah orang baca ke idok..huhuhu....rindu nak share cerita apa sahaja...
Sedang ambil mood...
Masih....
Subscribe to:
Posts (Atom)