IKLAN..

Friday, March 30, 2012

PORT BARU @ UOA DAMANSARA..

Aku addicted kat bihun sup makcik kat UOA nih...slalu lenjan makan HP tower...sekarang lepak area baru la plak..jemu der makan tempat sama hari2..hahaha..


Ohhhh...sambal kicap kesayangan ku....


Aku addicted kat sambal kicap dia sebenornyer...pedasssssss berapi weehhhh.......harga adalah RM5 semangkok...mahal kenzz...tapi sebab kat situ, gerai depa ja yang melayu betol ( gerai len2 indon, tokei cino...), bantai ajerlahhhh.........walaupon sup plain sangat cam versi cino tapi disobabkan ado sambal kicap tuh, den balun jugopla....hahah...

Hari Jumaat ni mood kerja takde...hahaha..boleh???Selamat bercoti ujong minggu yer kawan2...



HOME SWEET HOME ~ DAH DAPAT KUNCI AT THE RIGHT TIME.. YABEDABEDUUUUU.....


Semalam 29/03/2012 tarikh keramat lah kiranya...setelah bebulan2 menanti almost setahun kot....dapat called dari lawyer suruh collect kunci...yeayyyy....lawyer tuh called pukul 4.30 kot...kitorang super excited dah tak tunggu waktu balik 5.30 dah ni takut pejabat lawyer tutup...pukul 5  terus redah balik demi kunci itu...sampai lawyer opis, ambil kunci n cheque...terus vromm vrommm balik umah...tukar keter, bawak apip skali tengok umah yang bakal dia duduk nanti...yeayyy..nanti apip akan ade bilik sendri...aku pon ade bilik sendri...dah tak perlu check in check out hujung minggu lagi...yeayyyy...

Rumah tu 70% dah cantek, perlu make over skit2 ja...mau tukar ke sliding door, mau cat balik the whole area ruang tamu, bilik n dapur juga toilet...area dapur dah ok sebab vendor sudah kasi pasang kitchen cabinet sebelum jual, jadi masih baru lagi...bagus2!...Whoooaaaa....sesungguhnya aku tidak sabar mau menduduki rumah ini...tapi sebab duduk atas kayangan, memang sekali naik tuh dah tak  turun2 lah kot..penat menapak naik tangga takdak lif..hahah..

OK...stop sini dulu...another story pulak nanti keh...daaaa....

Pics2 before makeover...dapat kunci terus serbuuuuuuuu...hahaha...








P/s :  betol kata pepatah , “kasih ibu berkorban nyawa, kasih ayah berkorban jiwa”.......

P/s : Aku masih ingat janji aku nak proceed pap smear lepas dapat umah...sedang memberanikan diri....hmmmpppsstttttt##$%^$*&...seraaaammmmmmmmmmmm mak.... !


Thursday, March 29, 2012

LAKSAM YANG TEBABOOOOOOO!

Dah lame peram pics ni nak kasi letak dalam belog aku jugak ni...aku memang suker makanan pantai timur...Sebelum aku syiokkkkk kat hubby lagi memang aku dah jatuh chenta sama masakan pantai timur...tak semua lah, certain2 tapi mostly lah...dan aku rasa sangat betul puas makan waktu raya poser di rumah hubby....wohohohoho...sedap...dan itu adalah menu tetap yang MIL akan tempah...kalau ikut kate MIL aku, dia jarang masak laksam sebab anak2 dia ( adik2 ipar aku ) lebih suke makan laksa penang @ asam laksa....hahaha..maka laksam akan dimasak bile dapat permintaan hubby yang balik time  rayer...



Dan , biasenyer kalau mengidam kat laksam atau makanan pantai timur yang len, kitorang akan cari kat area kampung baru...

Yang sedihnyer, aku tak pandai masak sampai sekarang semua makanan2 nih..


P/s : i will learn someday...i promise...!

SECRET RECIPE BEBEH!

Aku dah kenyang tapi gatal nak share jugak dengan korang...Macam biase, aku pergi sini dengan partner jalan-jalan cari makan aku ( orang seblah )..hahaha...so, let's cekidauttt...



Less sugar pleaseeeeeeeeee...


Orang sebelah punyer order ~ Fish & Chip....


her Lemon Tea Ice...


Whoaaa...kali nih pilihan aku tak sesia...sedap giler....especially da sos yang very da secret..hewhew...
Aku ambil menu Carribbean Style Fish Fillet....So next time definitely i will order this..hiasan jer yang sangat kurenggg macam men campak2 jer...haha..


Disebabkan nama menu aku panjang sangat takut tak ingat, so aku snap untuk tatapan korang lah! Jadi next time korang boleh order dish ni sebab ianya sedapppp sangat....


Tak percaya??????tengok  nih....aku bedal kasi licin termasuk dengan hiasan2 dia skali..hahaha...salad sikit sangatlah letak...next time letaklah bebanyak sket plisshhhhh....memula tengok sos kaler ijau gitu, otak cam dah fikir ermmmmm...omaigoddddd...macam tak sedap jerrr..macam tak abessss jer...skali masuk dalam mulut....perghhhhh...sehdappppp....hahaha...dah bape banyak kali aku mentioned sedap dalam entri nih wei.....ce korang kire????Ok lah..serius nih...heaven sangat...silalah rasa keh..



P/s : Fish & Chip sangat muak ok...

RUMAH FREEHOLD ATAU LEASEHOLD?MANA SATU JADI PILIHAN ANDA?


Rentetan pertanyaan dari seorang rakan yang mahu membeli rumah....aku  gigih cari thru google and found out this untuk rujukan aku sendiri..details bace SINI..dan SINI jugak tau...

**********************^_^***********************************

kedua-dua pegangan ini memiliki keistimewaannya tersendiri. kebiasaannya tanah jenis leasehold berada di bandar, oleh kerana itu ia menjadi tumpuan kerana lokasi dan fasiliti seperti pejabat kerajaan atau pusat membeli belah selalunya berada disini. Tanah-tanah freehold pula mungkin sedikit kebelakang dari pusat bandar, tetapi nilai tanahnya lebih kurang sama dari tanah-tanah dipusat bandar.
 
Freehold dan leasehold adalah jenis pegangan individu yang dianugerahkan kepada pemilik hartanah berkenaan asset berupa tanah atau bangunan didalam tanah pihak berkuasa.
Sebagai maklumat tambahan, di Malaysia kita mempunyai empat jenis akta perlembagaan tanah yang dikenali sebagai (Akta 56, 1965) kod Tanah Nasional, 1965. Akta 1963 Kod Tanah Nasional (Penang dan Melaka), Kod Tanah Sarawak, dan akhir sekali Kod Ordinan Sabah.

Kod Tanah Nasional 1965 hanya boleh diguna pakai di semenanjung Malaysia sahaja. manakala akta 1963 diguna pakai untuk negeri-negeri tersebut.

Freehold pada asalnya adalah satu kawasan tanah yang telah di serah milik oleh pihak berkuasa kepada individu. Tanah yang dipegang oleh individu tertera didalam geran tidak mempunyai had masa tertentu. Malah kebiasaanya tanah pegangan bebas ini mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi berbeza dengan leasehold yang punyai sekatan tempoh milik tanah yang tetap untuk beberapa tahun dan sudah tentu freehold boleh diwarisi pada anak cucu kita nanti kerana freehold land punyai geran individunya sendiri.

Didalam undang-undang umum, pihak berkuasa sebenarnya tidak menyerahkan tanah sepenuhnya kepada mana mana individu. Dibawah seksyen 76 Kod Tanah nasional, 1965 menunjukkan bahawa tanah negeri akan digugur peganggannya apabila kerajaan persekutuan ingin menukar status geran tanah freehold tersebut kepada tanah negeri. Selain itu, jika kerajaan negeri berpuas hati yang tanah tersebut akan digunakan untuk tujuan awam ia juga boleh menerbalikkan status tanah freehold tadi kepada tanah leasehold. Ianya terletak kepada budi-bicara pihak berkuasa. Kiranya jika kerajaan nak amik dia ambik juga, cuma nilai freehold lebih tinggilah dari leasehold. Sebab itu ramai yang memilih freehold.

Manakala Leasehold atau pegangan sementara adalah jenis pegangan tanah yang diserah oleh pihak berkuasa kepad individu pada tempoh-tempoh yang tertentu. Tempoh pengangan sementara ini mengikut sekyen 76 Kod Tanah Negara, 1965 tidak melebihi 99 tahun sepatutnya.

Tanah – tanah pegangan sementara ini selalunya berada didalam bentuk kumpulan iaitu “master title”, oleh kerana status hak miliknya “pelik” dan ada sekatan-sekatan tertentu, malah kebanyakkan tanah jenis leasehold ini tidak boleh dipindah milik hanya boleh ditambah sub-nama sebagai pemilik tanah leasehold. Kerana itu sebelum anda membeli tanah jenis leasehold tanya dahulu akan statusnya dulu adakah ia punyai batasan apabila digunakan untuk dijual semula, atau boleh di pindah milik pada geran individu. Tanah leasehold juga mempunyai batas jika ia di beli pada unit bumiputra.

Sebagai contoh, jika anda membeli sebuah rumah teres dua tingkat dari pemaju dan pada waktu itu anda menikmati potongan 7%-10% diskaun bumiputra, setelah beberapa tahun anda ingin pula menjualnya. Untuk harta ini anda hanya boleh menjualnya kepada individu bumiputra sahaja.

Setelah selesai mecari pembeli, langkah seterusnya anda dikehendaki meminta kebenaran kepada pihak berkuasa untuk memindah milik hartanah terbabit kepada individu lain. Proses ini memang mengambil masa yang lama; selalunya akan memakan masa 6 bulan atau lebih. Dalam tempoh ini mungkin anda akan punyai masalah dengan pembeli kerana tempoh yang lama ini memungkinkan beliau mencari alternatif lain atau sudah tidak berminat dengan harta anda.

Berbeza dengan leasehold, freehold tidak mempunyai masalah atau sekatan-sekatan keatas tanah dan nilai pasaran freehold tinggi kerana tempoh pegangannya tanpa had.

Nota Tambahan :-

 Kini. (1984 – 2009 )

Pada tahun 1984 melalui warta kerajaan Akta A 587 KTN telah dipinda. Pemberimilikan hakmilik tanah untuk individu dan badan tidak lagi diberi milik secara selama-lamanya lagi malahan secara bertempoh dengan tempoh yang tertentu sahaja. Jadi tuan-tuan akan mendapati hakmilik didalam bentuk Geran Mukim dan Geran Negeri yang dikeluarkan selepas ini akan mempunyai tempoh pegangan yang tertentu. Ini bermakna syarat asas hakmilik pegangan bebas itu telah tidak dipatuhi dan juga bermakna hakmilik sebegini bukanlah hakmilik pegangan bebas lagi.

Maka antara leasehold dan freehold tidaklah jauh berbeza...lagipon kita takkan hidup selama 99 tahun...cume untuk milikan kekal boleh diwariskan kepada generasi2 kita akan datang ( anak/cucu )...manakala leasehold masih mempunyai peluang untuk tujuan investment kerana ianya mendapat permintaan tinggi kerana lokasi strategiknya.

Ada paham?Paham kalu kasi jatuh lu orang punya kepala....



P/s : kitorang pon tangkap rumah leasehold  jugop!


EDUCATIONAL PLAN + MEDICAL CARD + SAVINGS PLAN = OUR PROTECTION!


Ianya terjadi secara tak dirancang walaupon aku dan hubby dah rancang lama...tapi ongkosnya tidak mencukupi maka aseklah bertangguh sehinggalah ke hari ini...tapi sejak seminggu yang lalu, pintu hatiku telah diketuk oleh orang Bancassurance...hahahaha....derang datang buat taklimat dan aku terjebak skali...bukan untuk diri sendiri...tapi untuk anak tersayang....lagipon boleh buat potongan monthly dan benefit yang derang offer membuatkan aku berpuas hati...tapi aku still was2 jugak...most of ejen insuran ni manis di mulut..mula2 nak tarik orang beli insurans semuanya boleh claim belaka, tiba time yang nak claim tuh, banyak sangat prosedurnyer weh....marah tak??bengang tak??

Aku takdelah expert sangat boleh bercerita in details tentang insuran nih...ambil tahu sekadar yang aku perlu tahu saja terutamanya apa yang aku bakal ambil untuk apip...nak lagi details, sila pergi cari ejen ok....Memandangkan kompeni sendri yg jual, so aku pejam sebelah mata...

SO...ini plan yang aku ambil untuk apip hanya dengan bayaran RM100 sebulan sehingga umor anak cecah 23 tahun...:-

Quotation for PruBSN SmartLink -  
Basic Benefit :

-PruBSN SmartLink
-Crisis Shield
-Compasionate Benefit
-Accidental Death & Disablement
-Accidental Medical Reimbursement
-Hospital Benefit
-Parent Contributor
-Takaful Health2

Yang bagusnya, korang boleh suruh ejen tambah2 ape lagi benefit yang korang nak untuk pelan tuh...ala, pandailah diorang buat calculation nak kurangkan part mane yer...tapi kene amik tahu tau...jangan lepas tangan...asalkan tak jejas kan amount yang dapat untuk pendidikan..Medical card pon aku ambil sekali untuk apip, takut2 berlaku apa2 yang tak diingini, aku ni kerje swasta, bukan gomen..walaupon memang ada medical covered untuk anak selagi kami bekerja....sape tahu akan datang?

Yang aku paling suke tang benefit Parent Contributor...Andainya berlaku apa2 kematian atau hilang upaya kekal kepada payer (aku ler tuh), maka PruBsn SmartLink yang akan membiayai sehingga umor anak 23 tahun....yang ni kalau tak betol, walaupon aku dah mati, aku bangun balik kasi cekik2 ejen..hahaha..

Ok..sebenarnya banyak benefit lagi yang boleh dapat..banyak korang bayar, banyak lah benefit yer dop??aku?hanya bayar takat yang aku mampu la der..bayor memahal caner aku nak soping lak nanti kan??lalala...hehe..macam yang aku kasi tau awal2, aku tak expert nak citer2 hal insurans..korang tahulah nak buat apa yang patut kan?..Ni pon nak pergi jumpe ejen balik ade hal nak discuss n nak proceed...

Aku tak jual insurans tau, aku citer ni pon bukan untuk promote mane2 insurans cume nak kongsi faedah dan kepentingannya saja..ok..tapi ini bukan bermakna kalau ko tak ambil insurans untuk anak, ko memang tak concern hal anak, Cuma mungkin masanya belum tiba dan duit masih belum mencukupi lagi...betul tak??bai-bai...

P/s : Sharing is caring kan??....

Wednesday, March 28, 2012

ANAK SULUNG!


Interesting facts to share...! Aku jumpe ni dalam facebook tapi nak kongsikan jugak kat sini untuk tatapan anak sulung aku...AFIF ADLI....dah besha nanti, bace yer...

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/4401-berbahagialah-wahai-anak-anak-sulung.html

"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?
Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.

Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.

Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?
Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.

Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??

Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?

Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?
Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?

Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.

Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.

Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?

Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,

Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!



P/s : Walaupon aku bukan anak sulong, tapi rase dah macam anak sulong...hmmm..

Tuesday, March 27, 2012

YARIBAAAAA....SUDAH MAU DAPAT KUNCI..YEAY!


Alhamdulillah...Alhamdulillah.....Alhamdulillah.......




P/s : tidak sabar menanti..hahaha...

UJIAN PAP SMEAR ADALAH PENTING!


Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.  
 
Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel  kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.
 
Bila saya patut melakukan ujian pap smear?

Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala. 

Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?

Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :
1. Melakukan seks,
2.
Menyembur kawasan vagina,
3.
Menggunakan tampon, dan
4. Menggunakan krim vagina.

Apa yang dilakukan semasa pap smear?

1.
Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2.
Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3.
Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4.
Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan. 

Apakah kelebihan lain pap smear?

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan. 

Bila saya boleh mengetahui keputusan pap smear saya?

Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.
Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
1.
Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2.
Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus  menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di bawah. 
 
Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?

Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks.  Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok. 

Di mana saya boleh menjalani pap smear?

Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear.


P/s : Sumber dari SINI..aku saje2 merajinkan diri bace info ini sebabnye aku sedang mengumpul kekuatan untuk buat ujian ini & sedang merisik tarikh2 yang available untuk appointment dengan doktor....haha..aku takotttt sebenarnyer....nanti biler aku dah buat ujian tuh, aku akan post lah best @ tak best buat pap smear...serammm!


SETEL HUTANG PINJAMAN PELAJARAN MARA THRU AKAUN 2 EPF..


Ehemmm...

Panjang giler aku punyer tajuk entry kali nih....tapi bukan pasal makan....ok...aku dalam proses menyetelkan semua hutang2 belajar MARA yang masih berbaki RM12 ribu lebih..Dari tamat belajar hingga sekarang, selepas hampir 5 tahun bekerja di sini dan 2 tahun bekerja di kompeni lama, pinjaman hanya berbayar sebanyak 3 ribu lebih saja..liat betol nak bayar kan?haha..gaji ciput beb...bayar sikit2 pon tak abes..eh, sape cakap aku tak concern hal hutang2 nih..aku sampai buat standing instructions potong thru akaun...

nasib baik aku di bawah pinjaman MARA dimana tiada sebarang interest atau caj2 perkhidmatan seperti PTPTN ( kawan2 panggil PTPTPU..)...ko pinjam 30 ribu, maka 30 ribu lah yang ko kene bayar...tapi aku kira aku agak beruntong sket pasal dapat 50% less dari MARA....Pinjam 30k , bayar 15K..Untongkan????sebab tu aku sayang MARA....
(kipas lebeh nih) dan aku harap nanti anak aku pon akan dapat pinjaman MARA tersayang masa dia nak sambung blajar nanti...hehehe...

Ok...sekarang memandangkan umor makin meningkat...hutang tak setel2 lagi...aku decide nak bayar abes...menggunakan akaun 2 EPF aku...aku pon baru tahu boleh bayar gini...
(aku jer ker?)..

lepas dapat tahu, cecepat tulis surat ke MARA, mintak dokumen yang berkaitan especially statement terkini MARA kepada EPF..., surat perjanjian MARA dan surat tawaran dari MARA which is semua2 dokumen yang original dalam simpanan aku dah hilang entah kemana dan aku MALAS nak cari..hahaha...again, naseb baik MARA ade semua itu dan provide semua dokumen yang aku mintak....memang bertambah sayanglah kat MARA...hihi..


 

Hari2 menanti surat reply from MARA dan akhirnya...yaribaaaaa....besok tu jugak terus ajak hubby pergi EPF...tapi bukan datang berlenggang kangkung yer kawan2...korang kene bawa bersama salinan I/C dan Salinan Transkrip yang telah di sahkan..jumpe pegawai kat kaunter, terus dibawa masuk kebilik untuk proses yang seterusnya...Maksimum yang korang boleh keluar dalam akaun 2 semaksimum  yang ada dalam akaun 2 keh..paham kan?
Aku keluarkan 10k saja, balance hutang aku top up duit aku la yer...tapi tak tau kot2 laki maks bermurah hati nak tolong bayorkan...jimattttt duit mak..hahaha...(* miskol ni yam! *)

So sekarang aku perlu menunggu selama 21 hari bekerja untuk EPF proses permohonan aku dan infom aku via surat atau sms dari tarikh 23/3/2012...hmmmm...masih menanti nih...tak sabor nyer nak tunggu setel hutang  ku ini..ringan sket kepala otak...yabedabeduuuuuuu....

 


Sabda Rasullulah S.A.W :

“ Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya”.


( Riwayat At-Tarmizi )

Tata....