Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
- Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
- Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
- Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
- Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
- Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
- Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
- Minta talak.
- Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
- Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
- Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
- Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
Wajib bagi wanita:
- Mengekalkan malu pada suaminya.
- Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
- Mengikut kata-kata dan suruhannya.
- Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
- Berdiri menyambut kedatangannya.
- Berdiri menghantar pemergiannya.
- Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
- Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
- Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
- Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
- Tiada khianat ketika tiada suaminya.
- Memuliakan keluarga suaminya.
- Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
- Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
1. Urusan pertama yang ditanyakan
pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan
suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari
rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan
menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai
bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka
tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata
yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal
di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang
keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan
itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki
sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam
urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu
hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah
r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya
(Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke
dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat
kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat
melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian
dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama
gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam
muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah
sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar
dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang
mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan
di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan
isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya,
akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan
lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan
kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia
sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan
semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan
hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati
suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya
sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak
pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat
di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.”
Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab
Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan
ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia
masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah
terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah
seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka
berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak,
mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya,
sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah
isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai
Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
- Kerana
kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan,
kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik
anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
- Tiada
memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui
suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima
kasih di atas pemberian suaminya.)
- Sering
mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila
berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun
kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
- Gemar
bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap
mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
- Kurang
akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering
tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam
sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
Maka setiap isteri yang melakukan perbuatan-perbuatan seperti tersebut
adalah isteri yang derhaka terhadap suami dan telah melakukan maksiat
kepada Allah s.w.t. Jika kedua bentuk kederhakaan ini dilakukan sekaligus
oleh seorang isteri maka ia dikatakan sebagai isteri yang derhaka dengan
ucapan dan perbuatannya. Sungguh rugi wanita yang melakukan kederhakaan ini.
Mereka lebih memilih jalan ke Neraka daripada jalan ke Syurga kerana
memang biasanya wanita yang melakukan kederhakaan-kederhakaan ini tergoda
oleh angan-angan dan kesenangan dunia yang menipu.
Rasulullah
S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A: "Aku pernah
bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas
isteri?" Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah
suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling
berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke
atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Sabda
Rasulullah S.A.W bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku
melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di
dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.
Rasullullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda
menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya.
Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih
belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)