IKLAN..

Wednesday, December 27, 2017

TAHUN 2018 TAHUN MENCABAR SEBAB ANAK NOMBOR 2 SEJENIS SUSAH BANGUN PAGI AKAN MULA BERSEKOLAH


Vavava..panjangnya tajuk...rasa macam cepat je school holiday berlalu..next week dah nak start sekolah balik...tahun ni 2 orang anak iols masuk sekolah..yang sulung naik darjah 2, yang kedua masuk tadika..yes..aqil akan mula sekolah diusia 4 tahun..awal setengah tahun dari abang beliau...tapi for sure aqil dari seawal 2 tahun dah masuk taska bergaul dengan rakan sebaya dan tak sebaya..cuma tahun ni iols upgrade dari taska ke tadika..bayaran bulanan tetap sama cuma ada tambahan bayaran registration untuk tadika...tahun ni iols kasi test sama samada beliau lulus atau tidak untuk kemasukan ke tadika lain tahun depan..

Seronok tengok anak2 nak masuk sekolah ni..makbapak naik eksaited belikan barang2 persekolahan diorang..cuma tak eksaited tang yuran tadika je..sebab yuran budak tadika sekarang ni melampau2 mahalnya...huwaaaaa...padahal budak baru 4 tahun je kot....pon kene registration fee maciam2...almost 1k..sobssss...bertabahla makbapak...macam iols ni kene bertabah untuk 3 tahun mendatang...sampai aqil dah nak naik darjah 1 barulah lega sikit...huhuhu...

So far segala persiapan anak2 semua dah setel..mana yang perlu baru kita beli..mana yang boleh pakai, iols hold dulu pembelian yang baru..konsep iols pakai sampai jahanam gitewww...mamposlah kalau semua pon ko nak tukar baru kenss....ingat makbapak keje cop duit ke main order2 je..dari tahun lepas lagi iols apply konsep gini kat anak..walaupon kasut sekolah dah nganga tapi disebabkan dia nganga bulan seploh, ko kene pakai sampai habis sekolah huahuahua..kejam sket nampaknya konsep iols nih..mujur anak muka tebal hihihi...

Kalau tahun lepas weols kasi anak2 pilih sendri apa yang derang suka tapi tahun ni iols tak kasi can..sumer iols pilih..gila kuasa nampaknya emakmu ini..hehe...sukatikla kan...sebab emakmu juga menyumbang 50% perbelanjaan okeh..

So awal tahun iols akan bercuti selama 2 hari..cukuplah 2 hari kot semata mahu menyetelkan urusan pembayaran yuran anak2 ...tahun lepas iols ambil seminggu..penat yakmat...serupa macam ko pergi koje jugak pasal petang baru balik rumah...tsk tsk...tahun ni 2 days cukuplah...sejenis yang tak berapa nak enjoy duduk lama2 kat rumah..kat opis lagi ko boleh rehat kot ahahaha..


No comments: