IKLAN..

Wednesday, November 22, 2017

BABAI DARJAH 1 2017


Last previous iols punyerla tak menyabor menyambut kedatangan disember...gagagaga...rasa macam kejap tapi sekarang ni macam rasa lambat kebenor pulak...so marilah membuat satu entry lagi sempena akhir bulan 11...

Sekarang tengok kat timeline ramai makbapak post result anak2..ada anak2 yang dapat result baik dapat naik pentas terima hadiah..iols tompang gembira je lah yang mampu hahahaha..makbapak mana lah yang tak suka kalau anak cemerlang apatah lagi dapat naik pentas...dolu masa zaman sekolah rendah iols pon iols hanya merasa sekali je naik pentas..tu pon masa darjah 5...dan menurun ke anak iols tak dapat jugak naik pentas hahahaha...eh gembira pulak...

Sejujurnya kalau apipdoli dapat nombor 123 iols memang lah gembira...tapi dah tak dapat maka kenelah redho..kofkofkof...lagi pulak baru darjah 1..tapi kan seriuslah ramai sangat budak2 pandai sekarang ni..so far apipdoli masih mengekalkan kedudukan kelas beliau...seawal darjah 1 pon dah kene compete kedudukan kelas hoi...no honeymoon year..dasyattt...weols pulak as makbapak masih dalam fasa tak sampai hati nak paksa2 belajar ulangkaji bagai...tapi dalam masa yang sama paksa jugak beliau hafal sifir...wuwuwuwuwu...

Harapan iols untuk drjah 2 nanti takde banyak masalah...darjah 1 apip pon tade masalah cuma apip mengadu selalu dibuli..haih...dari awal tahun sampailah akhir tahun...salah satu sebab somi masukkan apip ke kelas taekwando adalah untuk belajar bagaimana nak defend diri sendri.... dan kemuncaknya akhir tahun kene tumbuk kat muka...yup...no action taken walaupon sudah direport pada cikgu kelas hanya kerana pembuli tersebut student pandai..tskkk tskkk...iols pon tak taulah apa kategori buli di mata cikgu yang membolehkan tindakan diambil keatas pembuli tersebut..at least kene lah inform makbapak pembuli tersebut..let them know anak derang suka buli budak lain...huhuhu..mujurlah naik ke darjah 2 ni pembuli dan yang dibuli dah terpisah kelas...iols pulak yang rasa lega..taknak dengar asek cerita barang kene rembat, yang tu hilang yang ni kene koyak..penat rasa..yang apipdoli pon alahai...lembik kebenor..kalau gadoh dengan adik kemain suara ko ek..

Tamat kes buli apip untuk darjah 1 ni dengan harapan semoga darjah 2 ko tak kene buli lagi...atau jadi pengawas pon boleh..sebab baju kaler biru takdelah nampak kotor sangat hahahaha...kasut pon hitam..takyah beli kapur kasut hihihi...

Daaa...




No comments: