IKLAN..

Monday, May 8, 2017

DAH BERANAK PON.


Alhamdulillah..dah nak masuk hari ke 5 anak dara iols huhu..gitewww anak dara ko..merasa jugak ada doter walaupon seorang..jadilah..

Ok..due date iols pertengahan bulan 5 tapi memandangkan iols ni konpem kerat perut maka iols mintak pada puan doktor samada boleh dipercepatkan tarikh beranak sebab dah tak larat bawak perut..nak berjalan pon sakit sangat..rasa macam dah hujung2 sangat peranakan iols..walaupon di opis takdelah koje sangat pon tapi perjalanan ke opis itu yang sangat mencabar hahaha...serius dah sakit sangat rasa..mujur duktur kasi mc pada minggu deliver jadi iols boleh rehat dirumah tanpa perlu menghadap kerja di opis yang separa stress..iols nak beranak dengan aman..hahaha..jadi untuk mencapai misi bertenang sehari sebelum cek in di sepital, sempatlah cuci mata di ikea hahahahaa...tapi tulah..berjalan dalam kesakitan adalah tidak feel sebab nafsu soping seakan tidak berfungsi sobsssss...

Rasa macam baru je lepas beranak tahun 2014..rasa baru sangat tiba2 nak kene face kesakitan dan troma yang sama balik..walaupon orang lain fikir beranak csec adalah tidak menyakitkan tapi troma masuk bilik ot dan selepas operation adalah menakutkan..ko pikir cucuk spinal tak sakit?..itu belum lagi troma selepas habis ubat kebas dan buang tiub kencing...sakit hoih!walaupon dah berulang kali masuk bilik ot iols tetaplah fobia...

Condition darah iols sebelum beranak boleh pulak jadi rendah..walaupon dah telan ubat tambah darah tapi doktor bilang hb jadi low kerana faktor pelbagai..jadi ada beberapa kemungkinan boleh terjadi semasa proses csec tersebut..doktor pon dah siap stanby 2 beg darah...lagilah bertambah panik mendengarnya..haih..dugaan nak dapat anak ni walaupon tak sehebat orang lain tapi ini pon dah buat iols troma..

Oleh kerana iols dah 3 kali kerat pewut maka iols ambil keputusan untuk ikat terus dengan arti kata lain taknak mengandung lagi dan ini yang terakhir..rahim iols pon duktur infom sudah senipis kulit bawang jadi itu adalah pilihan terbaik yang iols perlu ambil..takpelah..rezeki anak iols cuma 3 orang tapi itu pon dah syukur sangat..dapat dua2 jantina dah pon..so apa lagi yang ko nak?Allah pon tau iols ni bukan kategori rajin dan penyayang sangat nak ramai2 anak ni hahahaha...3 tu dah cukup..

Sekarang ini iols mahu menjalani proses berpantang dengan tenang aman dan damai..semoga anak yang baru lahir ini memberi kerjasama penuh supaya matlamat iols untuk berpantang sambil bergumbira tercapai..takmo nanges2 sampai rabak mata tak tido malam....

fuhhhhhh...amin..




No comments: