IKLAN..
Monday, February 27, 2017
ROAD TO JERANTUT
Sabtu lepas pagi2 sudah bergerak menuju ke jerantut..menghadiri majlis walimatulurus dan sebagai part of famili pihak lelaki..eh, tahun ni sokmo je jadi wakil pihak lelaki..weols tak join famili besar tido semalam di jerantut sebab apipdoli habis sesi persekolahan beliau pon 6.30 petang..kalau jam2 tu jugak nak bergerak ke jerantut adalah kemalasan dan rasa sangat rushing..iols dah tak larat nak folo program on da spot cenggini...letih oi..lagipon dah berjanji takmo ponteng2 kan persekolahan anak macam waktu beliau tadika dolu hehehe..
Nampak gayanya kalau nak bawak anak pergi bercoti memang harus ada duit lebih sebab caj hotel semasa cuti sekolah jadi dabel triple bagai...plus harus cekal hati dengan keramaian orang yang bercuti dikala cuti sekolah..no more tenang dek ketiadaan orang huhuhu..
Weols bergerak ke jerantut jam 8.30 pagi..sempat la mencekiks roti canai dan teh tarik dulu..ngm2 jam 10.30 pagi weols sampai di jerantut, betul2 di masjid sultan abdullah kottt....lerrr dekat je..tak pernah sampai pon jerantut ni..takde sedara mara kat jerantut serta anak2 tak memenuhi spesifikasi untuk dibawa ke taman negara jerantut ekekeke..
Alhamdulillah..selamat dah kezen iols pegang title laki orang dengan sekali lafaz..dasat budak2 sekarang..muda2 dah kawin..tapi kalau dah bersedia dan dah sampai jodoh, kawen ajelah....
Segala majlis bertunang, nikah dan sanding all out buat di hari sabtu..nampak macam very the pack nyer majlis buat sekali harung tapi senang sekali jalan je..majlis sanding pon tak drag sampai ke petang..kejap je pon tapi rasa macam lama pulak sebab weols kelaparan hahaha..tuan rumah hidang laukp pauk tradisi masakan pahang...very the kampung2 punyer menu tapi tahap kesedapan dia perghhhhhh...iols bukan dalam mood mengambil gambar..sekarang dah malas maka tiada lah gambar ikan patin tempoyak, kerabu umbut kelapa dan taugeh, ayam masak merah, daging masak hitam yang super gorges..bukan setakat itu, dengan menu pengantin pon weols bedal sekali...kenyang dan sangat puas hati..itulah beza masakan yang dimasak sendri dengan masakan katering..totally different sangat kesedapan dia...masakan kampung pulak tuh...sedap hoi!
Setel majlis, singgah homestay untuk lepaskan lelah makan nasi kenduri tadi dan layan mata kejap...kahkah..tapi tak dapek nak tido pasal anak2 buah ramai..diorang kalau dah berkumpul boleh buat konsert..solo dan okestra...bising..
Kasi anak2 mandi dan terus pulang ke key el..konon nak singgah bukit tinggi tapi hujan lebat...kalau hujan tak lebat pon tak singgah jugak pasal rombongan weols ramai OKU termasuklah iols huhuhu..dah tak larat nak berjalan..maka jomlah kita pulang..inshaallah ada rejeki bolehla iols bawak emak tido di bukit tinggi lepas beranak nanti.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment