Ada ker
antara korang yang dah beli rumah tapi bayar sampai 2 insurans sekali gus??satu
part korang bayar kat bank, satu part lagi charge dalam maintenance?kalau dah
charge dalam maintenance, haruslah bayar kan?..kalau gitu dah bayar double silalah buat surat kepada bank
anda minta untuk refund balik duit2 korang selama dah bayar double
insurance..mati woh nak bayar sampai 2 insurance..satu cukup....tapi nak mintak
refund silalah jugak provide segala dokumen sokongan yang diminta oleh pihak
bank..kebiasaannya pihak bank takkan cakap ape2 pasal insurance ni..derang masuk
siap2 dalam akaun loan korang, korang pulak mesti tak tanyer pastu bayar je
kan?pada sape yang tahu, ok lah...pada orang2 yang kurang pengetahuan sket
pasal ni konpom akan bayar tanpa banyak bicara...priority insurance adalah yang
dicaj oleh pihak JMB..tapi ikut suka koranglah kalau banyak duit sangat,
bayarlah kat dua2 pihak..tak salah...
Situasi
macam aku sekarang, insuran rumah dikenakan keatas akaun loan rumah dan juga
dari pihak JMB...double meh...tapi yang kat JMB kita sudah setel masa awal2
mahu tukar nama bagai kannnn terus buat bayaran..kalau boleh takmo ada bayaran
tertangguh pada akaun maintenance..kalau tangguh2 lama2 makin tinggi pulak
hutang kan..so, bayar je!
Dan
sekarang aku check dalam akaun loan rumah, ada caj untuk insuran...so aku takmo
bayar dua insurans keatas perkara yang sama..mujur ambil staf loan..prosedur
adalah mudah..isi borang yang pihak bank keluarkan, hantarkan berserta salinan
polisi insurans yang dikeluarkan oleh pihak JMB yang korang dah bayar
tuh..senang kan??pastuh, derang takkan caj lagi insuran dalam akaun loan
rumah..setel lah yer..tapi sila pantau akaun loan korang..bank2 ni kebanyakkan
main suka suki caj macam2...sila ringan mulut bertanya kerana korang bayar
pakai duit bukan pakai daun pisang...sekian..
No comments:
Post a Comment