IKLAN..

Thursday, November 17, 2011

TIDO ASING~LATIHAN BERDIKARI UNTUK ANAK..^_^


Sekarang apip dah pandai ucap terima kaseh biler bagi susu kat dia..huhu..sangat2 terharu n tersentuh bila apip cakap gitu....sekarang ni sy dalam proses nak ajar dia tido sendri which now dah in da progress..biarlah sedikit demi sedikit....sy difahamkan klu kite ajar anak tdo asing dari kecil~2 tahun...anak akan lebih berdikari dan memahami  serta respek pada privasi seseorang...dan mereka juga akan lebih menghormati orang lain....nakkk..nakkk..nakkkk.....

Terdapat pelbagai kebaikan jika anak dipisahkan tidur pada usia awal. Selain mempengaruhi kendiri dan jati diri, mereka dikatakan lebih bijak dan matang kerana diasuh untuk lebih menhormati orang tua. Mereka juga akan lebih berani dan tidak terlalu bergantung kepada ibubapa. Sejajar dengan pesanan Rasullullah s.a.w menyarankan anak mula dipisahkan tidur pada usia begini. Menurut pakar Psikologi, hubungan terjalin pada waktu jaga iaitu pada waktu bermain dan interaksi, bukan ketika tidur. Risiko utama yang terpaksa dihadapi ibubapa apabila anak secara tidak sengaja terlihat perlakuan seksual ibubapa..maka ibubapa perlu lebih berhati-hati. Terdapat banyak kes anak berumor antara 5 hingga 10 tahun pernah cuba mengulangi perbuatan ibubapa..Ianya juga boleh menganggu emosi anak malah memori mereka juga akan kekal hingga remaja. Oleh itu perlunya langkah pencegahan dengan memisahkan bilik tidur anak kerana ianya menjamin privasi ibubapa dan anak2 terhindar dari melihat perkara yang tak sepatutnya disamping melatih mereka menjadi seorang yang berani, berdikari dan bertanggungjawab.~Sumber:Berita Harian 9/11/2011.


Sejuk hati tengok apip cenggini...


ALLAHUAKBAR!~Bakal imam muda...AMINNNN...



 Eh?hahaha...



No comments: