Monday, August 6, 2018

2ND HOUSE~ONE STEP CLOSER


Dari tahun lepas membawak ke tahun ini balik2 keje weols lakibini bukak mudah.com, propertyguru dan segala maknek iklan jual rumah area ampang....setiap hari..hampir nak muntah lah jugak..taknak tempat lain..nak ampang ...titik....weols dah sign mati nak membesarkan keluarga di ampang...nak pencen sok kita pikir kemudian hari ada rumah kat mana...sekarang kita fokus mana yang datang dulu..dah tak larat menapak..target weols mau cari rumah dalam 2 tahun ini..mari memburu rumah landed pulak weowwwww....banyak sangat pancaroba yang weols tempoh sepanjang2 pencarian rumah landed idaman dan tak berapa idaman sangat..hahahaha...hover sangat  nih...rumah auction pon weols cari jugak..semua weols redah..berapa banyak no tepon dan nama ejen rumah ada dalam senarai henpon iols ni..berbilang kaum..1 malaysia sangat...modus operandi pon macam biasa mintak address rumah dan real pics rumah....jemunya tapi terpaksa jugak hadap demimu so called rumahku syurgaku...sobss sobsss...

1. Harga rumah

Ok..ini memang tak dinafikan harga rumah makin naik dan tak masuk dek akal...mencanak2 naik..nak2 rumah landed..kemain harga nak up2 meskipon rumah dah rupa setinggan..sedihnya...dengan adanya demand maka kenaikan harga rumah semakin mendadak...untuk 5 tahun kebelakang harga rumah landed masih sekitar 200k....dan sekarang semua pon dah cecah setengah juta..perghhhh sekejapan je weh...perkara pertama yang weols pertimbangkan bila mencari rumah adalah dengan melihat harga rumah samada mampu bayar atau tidak....tapi makin lama kau tunggu pon harga rumah tetaplah naik..nak tak nak weols terpaksalah jugak cekalkan hati dan poket demimu rumah....sobsss sobsss...

2. Rupa paras rumah

Yaaaa...ini pon penting weh...bila kau beli rumah dengan harga yang tinggi mestilah kau expect lebih...too bad sekarang ni kebanyakan rumah yang iols masuk ya ampun terok nak mamposss..dengan wayar berselirat...toilet dan dinding terkopek...at least ko nak jual rumah tu kasi touch up la sket rumah supaya prospek berselera tengok rumah..hoih..rumah yang kau nak jual tu 300k tapi macam rupa setinggan..watdehek...teros kensel dan hilang selera...iols tak expect keadaan rumah macam rumah aliff syukri pon....kalau harga rumah mahal untuk golongan marhaen macam weols ni,  weols cuma harap rumah tersebut dalam keadaan elok..beli2 pindah dan boleh masuk duduk tanpa perlu major renovation...bukan macam kapal karam...weols bukan orang kaya..lepas beli boleh pecah satu rumah built up yang baru..at least kalau teringin sangat nak renovate pon kene tunggu another year lah kot kumpul duit dulu...huwaaaa...susah sangat nak cari rumah yang orang nak jual masih dalam kondisi yang kemas...atas nasib jugak lah kot..huhu...

3. Sekatan

Haaaa..yang ni pon masalah besar jugak ni weh...bila ko dah jumpa rumah idaman tapi sangkut dek kerana sekatan dari kerajaan negeri..ok sekatan cenggini apply atas rumah yang berstatus low cost lah yer dimana kerajaan negeri memang pantau pemilikan keatas mana2 hartanah yang berstatus tersebut..antara sebab2nya nak elakkan pemilikan hartanah low cost ni oleh golongan kapitalis...vavavava..ekstrem sangat ni pakai ayat kapitalis...atau dalam  bahasa mudahnya nak elak orang yang kaya berduit beli rumah low cost secara berleluasa pastu jual balik dengan harga tinggi....low cost ni kerajaan negeri dah khaskan untuk golongan yang berpendapatan rendah..satu cara nak kawal harga lah jugak ni supaya tak tinggi melangit...cemana caranya sekatan nih?iaitu dengan meletakkan syarat2 pembelian dimana gaji pembeli 1 nama tidak melebihi 3k atau gaji pembeli bersama untuk joint loan perlu tidak melebihi 5k....huhuhuhuhu...agak kepelikan bila letak syarat cenggitu tapi tak dapat kawal harga rumah jugak...low cost pon tetaplah harga 300k ke 460k..adudududud..pemende lah..cemana nak beli nih..konpem2 tak boleh jual dan tak boleh beli...kalau gaji ciput sah2 lah loan tak lepas untuk rumah berharga sebegitu yer....eh eh nak marah pulak rasanya..cara yang terbaik kalau dapat rezeki terpijak mendapatlah dikau rumah landed alamat key el...lebih selamat sebab tiada sekatan...rumah selangor taraf low cost ada sekatan yer...pastu pemilikan pulak mestilah untuk duduk, bukan untuk sewa..gitew...

4. Status tenure

Kau nak rumah freehold?tapi nak alamat key el atau area bandar...pastu nak yang murah..if you lucky enaugh lah kot...huhuhu..mari menangis bersama.. silalah simpan angan2mu jauh2 dilubuk yang paling dalam...cewahhhh....dapat rumah leasthold pon iols dah bersyukur habis...ko hidup sampai 99 tahun kah?susah nak cari rumah berstatus freehold jaman sekarang..bukan takdok..tapi dah makin pupus di bandar ni...

5. Duit 10% deposit dan SPA lawyer Fee

Dalam banyak2 masalah, masalah inilah yang paling besar sekali...nak2 orang macam iols ni..payah kebenau nak menyimpan...simpan korek tu perkara biasa... untuk beli rumah memerlukan duit tunai yang banyak...ko nak kene bayar segala maknek fees dan duit deposit...yer..memang boleh pakai duit epf..tapi sebelum keluar duit epf, perlu jugak tunai sendri untuk bayar 2% dan 8% deposit...SPA fees pon nak kene bayar jugak tuh...sempot mak nak...nak gadai emas pon takdok nih...kalaulah boleh gadai segala bulu2 yang ada dibadan kan best...

Kesimpulannya...time jumpa rumah, duit takde...duit dah ada, rumah pulak takde tetibe...huwaaaaa....pusing2 semua point diatas adalah penting tsk tsk.......lutut dah semput ni weh nak mendaki tangga...umor makin lanjut..tenure loan available makin singkat..kemon rumah, please be nice to me...menjelmalah dikau....


No comments:

Post a Comment