Monday, January 2, 2017

HARI ORIENTASI DARJAH 1 / 2017 APIPDOLI


Wahhh kejap je rasa anak dah besar..dah start sekolah rendah..nanti tetibe je dah darjah 6 nak ambil upsr pulak..haih..masa sangat pantas berlalu...makin cepat pulak usia meningkat..semoga iols panjang umor dapat tengok perjalanan hidop anak2 iols sampai derang kahwen dan punyer anak2..sobssss..#harapanmakbapak

30/12 hari tu hari orientasi apiodoli..buat hari jemaat makanya terpaksalah iols ambil coti..iols memang simpan coti siap2 untuk fokus kat minggu pertama persekolahan anak..masuk minggu kedua, pepandailah dikau bawak diri...gitewww...



Penat jugak mendaftarkan anak sekolah ni..lepas budak2 beratur ikut kelas, weols kene dengar taklimat dulu..lepas tu acara lari cop barisan paling depan sebab nak ambil buku teks dan buku kerja..mujur tak pitam berdiri lama..pada masa sama cikgu2 kelas bawak anak2 murid lawatan ke tandas dan tempat2 dalam sekolah yang murid perlu tahu..setel urusan ambil buku teks boleh tros ke kelas anak jumpa guru kelas untuk proses ambil name tag murid dan sumbit borang2 berkaitan..mengah iols kejar sana sini time perut sedang membesar...

Semoga zaman persekolahan apipdoli menyeronokkan dan memberikan 1001 pengalaman pada beliau dalam menimba ilmu..harapan makbapak semuanya pon mestilah menggunung..takde makbapak yang taknak anak2 berjaya kan..tapi buat masa sekarang biarlah beliau enjoy moment beliau sebagai pelajar..

No comments:

Post a Comment