Ok kawan-kawan...lepas dah ade pengalaman keguguran ni, barulah boleh up cerita tentang bab-bab keguguran yer dak....aku sudah berpantang selama 2 minggu..errr tak sampai 2 minggu pon sebenarnyer..sepanjang tempoh berpantang ni aku mengamalkan makan ikan haruan ajelah...semua jenis masakan ikan haruan dah makan...huhu..dah kembang dah anak tekak ni...dari goreng garing, masak tempoyak, masak asam pedas, bakar, masak halia, masak taucu...semuanya dimasak oleh my only ultimate chef...omak aku..huahua...ni baru berpantang selepas keguguran pon dah kembang anak tekak makan makanan berpantang..sok2 kalau beranak lagi tak taulah boleh ker anak tekak aku terima balik si haruan nih..
Hari-hari lepas mandi pakai bengkung strap aku tuh..beli sebelum berbadan dua lagi sebab konon nak kurus punyer pasal..haha..sapu perut dengan pati halia kasi badan panas...pakai setokin...dah seminggu pakai setokin sama naik gatal2 kaki ni..haha..ok kali ni aku berpantang langsung tak pakai kain batik.. dah pack dalam bag tapi tak sentuh langsung...tapi still kalau nak membuang tuh aku tak berani mencangkung..takut ok lepas tengok keadaan rahim yang jatuh tuh terus rasa ngeriiiii....terus duduk sopan2 gitu...
Aku tak pantang strict sangat, even masa beranak dulu pon tak berapa strict sangat..buah2 memang wajib makan terutamanya limau...takut sembelit punyer pasal..hehe..air horlicks pon harus ok...semuanya sebab takut sembelit...yang len2 punya musibat tak terpikir plak..hahahaha...
Dedulu dengar citer orang yang berpantang keguguran ni dia punyer proses berpantang lagi strict dari orang yang beranak keluar anak bebetul tuh..tapi...atas orang lah kot...ikut keupayaan badan masing2 lah kan...
Ni aku dapat sedikit info hasil godekkan dalam belog orang len..untuk panduan aku sebenarnyer..hahaha..dah abes pantang baru sebok nak cari info kan...korang2 pon boleh share sama2..
******
Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap
lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur
sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang
menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin
jahat.
Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.
Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.
Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh. Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah, dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.
Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.
Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.
Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.
Kebanyakan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran. Ini terjadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran, manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden. Walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden, kita percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.
Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran. Oleh sebab itu, ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman, bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya. Sesungguhnya, ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran", seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, serta bengkak dan bisa otot peranakan. Penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam tidak kebah, dan kalah dalam perjuangan berjimak.

*********
Banyak lagi info yang korang boleh dapat kat belog bidanbersalin.blogspot.com....sebenarnyer panjang lagi info makbidan ni bagi tapi malas nak copy banyak2..cukuplah sekadar yang aku nak tahu...
Ok..besok nak berurut, ..sekali cukuplah kot...lelebih plak over mengalahkan orang yang beranak..hihi...
Semoga aku sihat2 lah hendaknyer pasni...bolehlah aku berbadan dua balik..harap2nyer panjang lah umor kandungan aku akan datang nanti sampai 9 bulan....AMIN YA RABB...
salam perkenalan.terima kasih atas perkongsian pngalaman dgn pembaca.
ReplyDeleteSalam perkenalan kembali..n terima kasih kpd puan juga kerna singgah disini..
ReplyDelete