Monday, February 25, 2013

KEGUGURAN..


Hari ini hari kelima berehat dirumah selepas proses DnC di KBMC khamis lalu...

Selasa malam bleeding, ke klinik untuk check progress kandungan...damn!scanner uzur tak  berapa clear gambaran...pulang ke rumah kembali dengan harapan bleeding telah berhenti...

Tido malam pon tak lena, rasa perut makin mengempis....tak sedap hati...walaupon cuba nafikan, gerak hati kuat rasa kandungan macam tak boleh bertahan...dari stain kecoklatan ke darah merah yang berterusan...dari panty liner ke pad maxi..penuh darah..muka makin pucat..! 

Pagi rabu terus ke KBMC, scan kandungan...progress tumbesaran yang sangat sedikit dari sepatutnya...one shot suntikan kuatkan rahim berserta ubat...tapi masih mengalami bleeding yang banyak...

Khamis 21/2 tarikh untuk pergi bercuti di Gold Coast Morib terpaksa dibatalkan kerana mengalami period pain yang sangat kuat...kesian apip..next time ok?

...kembali ke KBMC...

Scan lagi dan kamera dimasukkan ke saluran V untuk melihat gambaran peranakan sebenar...doktor inform kandungan tak boleh survived..atas sebab apa tidak diketahui-next appointment baru tahu kot....admitted dan seterusnya bersedia untuk proses DnC...gerun...

Pertama kali aku rasa kontraksi sakit nak beranak...doktor masukkan ubat untuk janin keluar sendiri..merasalah aku kontraksi berterusan setiap 5 minit selama beberapa jam..macam period pain tapi lagi sakit kot...tapi tak boleh lawan dengan sakitnya perut aku rasa masa cyst aku pecah dalam perut..rasa nak terburai isi perut...berpeluh2...sebelum proses DnC, rasa sangat takut dan berdebar2 walaupon akan dibius penuh pada pukul 4 petang...pukul 6 dah sedar sepenuhnya, boleh bangun dan minta balik...tak menyempatkan..mujur doktor memahami dan kasi balik.....huhu..









apip menemani mama..heppi je muka..bahaha...
....

DIA pinjamkan aku rezeki 2013 sekejap je...2 bulan je...2 bulan je jadi preggy mommy pastu kene tarik balik..takde jodoh nak jumpe dengan  orang baru bulan sembilan nanti...dari Allah dia datang kepada Allah jua dia kembali...

cuma aku harap aku antara insan2 terpilih seperti mana ibu-ibu lain yang keguguran/kematian anak seperti mana yang dijanjikan oleh Allah dalam Al-Quran ada menyebut tentang di hari kebangkitan di padang masyar nanti sewaktu matahari tegak dikepala, dahaga dan kepanasan yang melampau, ketika itu datanglah bayi2 yang keguguran/kematian disisi ibubapa mereka untuk memberikan air bagi menghilangkan dahaga lalu memohon kepada Allah agar diampunkan dosa kedua ibubapanya...anak2 inilah yang akan memohon syafaat kepada Allah agar dapat dimasukkan syurga bersama kedua ibubapanya ...aku kira itu berita gembira buat aku...

Ya....aku harap aku masuk golongan itu...AMIN Ya Allah...




No comments:

Post a Comment