Monday, February 4, 2013

BOIKOT??


Sekarang ni makin kerap pulak iklan Mcd kat tibi kan??kan??korang boikot lagi ker Mcd ni??setakat ini aku laki bini masih memboikot Mcd..tapi to be honest aku boikot Mcd pon bukan sebab Israel, Palestin dan peperangan..Mcd pon rasanya dah declare derang tak terlibat dengan penyaluran wang atau dana atau subsidi kepada Israel untuk senjata perang tapi takat mana kesahihannya ntahlah..Kalau nak boikot, haruslah boikot semua yang ade kene mengena dengan Israel yer dok??Tuh FB..Israel punyer..tapi aku masih join FB sebagai medium perantaraan aku dengan kawan2, adik beradik, sepupu2...aku masih menggunakan fb yang aku anggap sebagai notice board supaya aku alert dengan isu2 semasa.

Banyak sangat produk Israel yang secara kita tidak sedar menjadi barang kegunaan harian kita di rumah...banyak sangat info tentang barangan Israel  yang sampai aku pon tak tahu betolker semua produk ni datangnyer dari Israel???..Meh bace sedikit info pasal barangan Israel ni yang aku cilok kat Embunsuchi.blogspot.com..

* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara
Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.

* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi.. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.

* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.

* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.

* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?
Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?

 *****Point2 diatas yang aku cilok dari EmbunSuchi tidak dapat dipastikan kesahihan faktanya..adalah lebih baik korang pergi check sendri...tenkiup!!
 
# Caner ni weh..Bedak Revlon aku tak abes lagi nih??takkan nak buang..rugi2!..Stok Maggi pon banyak lagi kat rumah. KFC??baru je beli minggu lepas siap buat entri kesedapannyer lagii...uhukk!!.Cornflakes – sekotak tak bukak lagi, M&M..alamak, peberet apip,Halls – pengganti ubat sakit tekak hoii, Kotex – alamak ni lagi la memang stok wajib bulanan nih, produk Johnson Johnson – hmppssttt apip banyak pakai brand nih, keju Kraft pon ade stock dalam esbok lagi..,Nokia-henpon aku brand nih, hmmm ni memang kene  tukar nih...hahaha, BUM equipment- seluar jeans aku..hmmm ni pon memang nak kene  tukar lah ni..hihi, Carrefour-ok dah tak boleh beli barang sini dah, Tesco-adoooiii aku baru buat kad mata point nih, HP-ni kat opis aku pakai pc cap HP, guano??

..Rasenyer kalau kita nak boikot sekali harung memanglah tak mampu kan?Boikotlah mane yang korang rase mampu nak boikot selow2...ok??..aku beli barang2  ni pon takde niat pon nak sokong Israel nih..perubahan perlukan masa..pada aku, aku boikot Mcd bukan sebab ianya barang Israel tapi atas dasar mahu mengurangkan makanan junkfood untuk family aku..apip pon aku dah dedahkan dengan Mcd dan KFC dari umor dia kecik walaopon makan sekadar kentang, ianya tetap junkfood...aku tau ianya tak elok tapi like i said, perubahan memerlukan masa, kekuatan, usaha, pemahaman dan kerjasama dari orang sekeliling...Moga aku boleh berubah, kalau tak banyak, sedikit pon sudah cukup membantu...

No comments:

Post a Comment