Ok..interesting info to share..hihi...ni aku
dapat thru email tapi sebab menarik sangat jadi nak kongsi jugak kat sini...ape
yang menariknyer???sebab tajuknyer buat aku tertarik...renung-renungkan lah sesame
kita...jom marathon bace both parents ok???..............*_^
Membaca tajuk di atas, mengingatkan saya pada
entry Rawat segera tekanan perasaan ketika hamil. Tidak dinafikan, emosi ibu
berupaya mempengaruhi orang-orang yang berada di sekelilingnya, apatah lagi
bayi yang dikandungnya. Dalam entry kali ini pula, kita lihat kupasan bagaimana
seorang ibu (dan bapa) mempengaruhi orang-orang yang berada di sekelilingnya,
terutama mereka yang paling rapat, iaitu anak-anak mereka.
Pernahkah anda mendengar ungkapan, “Anak dan
emak sama saja, bodoh! Lembap!” Atau pernahkah ayat yang cukup pedas ini keluar
dari lidah seorang suami? Mudah-mudahan tidak!
Bahasa kasar sebegini amat cepat diserap
anak-anak kita seperti span menyerap air. Mereka akan percaya apa saja kata
ayah dan ibunya, provokasi sebegini telah menghancurkan rasa ‘yakin diri’
anak-anak kita. Akhirnya mereka tumbuh menjadi manusia yang lemah semangat dan
tidak pecaya kebolehan diri sendiri. Gelaran bodoh, lembap itu akan hidup
berakar dalam hati anak kecil, kecuali anda mencantasnya dengan penghargaan dan
mencabutnya dengan kasih sayang.
Siapa yang tidak mahu memiliki anak-anak yang
bijak dan soleh, tetapi apakah anda menyediakan persekitaran yang mendukung ke
arah itu? Ðalam Islam, pendidikan anak bermula daripada pemilihan calon-calon
ibu yang layak melahirkan anak yang bijak. Nak anak anda bijak, tapi pilih
isteri tidak ada kriteria ibu yang bijak memang susah! Kecuali anda lelaki yang
bertanggungjawab mendidik isteri sehebat yang boleh supaya dia cukup bekalan
mendampingi anak-anak anda nanti. Bagi wanita, pilihlah calon suami yang amanah,
jangan asal kutip dari internet, akhirnya menyesal tak sudah.
Walau bagaimanapun, isteri tetap menjadi
orang nombor satu yang paling berpengaruh dalam diri anak-anak. Sesibuk mana pun
ibu, anak-anak tetap di hatinya. Hubungan yang rapat antara ibu dan anak tidak
dapat dinafikan kaum bapa, hinggakan ramai yang cemburu melihat anak-anak
memilih ibu daripada bapa ketika mahu bermanja. Tapi jangan pula salahkan bapa
yang selalu tiada masa bersama anak, keadaan yang memaksa seorang bapa
meninggalkan keluarga seharian demi memastikan anak isteri tidak kebuluran.
Kadang-kadang pening juga memikirkan
bagaimana menjadi bapa yang baik, kita duduk di rumah saja nanti jadi pemalas
sebab leka berhibur, kalau sibuk mencari wang pun masih disindir tidak memenuhi
hak isteri dan anak. Yang terbaik adalah yang pertengahan, sesibuk apa pun
jangan lupa bermanja dengan keluarga.
Sikap bapa amat mempengaruhi pertumbuhan
anak, kerana kebaikan atau keburukan pada hakikatnya berjangkit antara satu
sama lain. Contohnya, ayah pulang dari pejabat membawa stres yang hebat. Anak
dan isteri terkena tempias, rumah tiada ketenangan lagi kerana setiap kali
wajah suami yang isteri lihat hanya kekecewaan kemarahan dan kekasaran. Isteri
pula tidak dapat mengawal emosi yang sudah berhari-hari diprovokasi suami.
Anak-anak akhirnya jadi mangsa kalau ibu mereka merajuk. Ibu tak mahu masak,
buat tak tahu saja keadaan anak-anak, tak mahu lihat kerja-kerja rumah mereka,
tak sudi memeluk mereka kerana hati ibu sedang ‘sakit’.
Keadaan sebegini boleh menjejaskan
perkembangan anak, ibu merajuk akhirnya anak-anak tak bersedia ke sekolah,
pelajaran terganggu, di rumah mereka ditekan, dimarah-marah dan dibiarkan saja
tanpa perhatian. Semuanya salah bapa! Bapa yang menjangkiti ibu dengan penyakit
stresnya. Kalau ibu tak memiliki kekuatan dalaman, iman yang kukuh dan takutkan
Allah SWT, mungkin dialah yang akan menyokong anak-anak memberontak dengan cara
tak peduli langsung kepada anak. Kekusutan ini makin menjadi jika tiada
pegangan iman dalam keluarga yang dibina.
Belajar kawal diri
Anak soleh dan bijak hanya impian semusim,
tak jadi realiti kerana ibu bapa tidak peduli. Bahkan harta yang mereka
kumpulkan dan anak-anak itu telah menjadi azab terhebat dalam hidup mereka
sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Ðan janganlah harta benda dan
anak-anak mereka (orang-orang munafik) menarik hatimu. Sesungguhnya Allah
menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan
agar melayang nyawa mereka dalam keadaan kafir.” (Surah at-Taubah 9:85)
Akhirnya kita sedari bahawa kejahatan ibu
bapa telah meranapkan impian mereka sendiri. Jangan asyik memperkatakan isu
anak derhaka jika kita tidak sekelsaikan dulu isu ibu bapa yang derhaka. Jangan
masukkan stres dalam rumah jika anda mahu terlepas daripada dituduh menderhaka
kepada anak. Belajarlah mengawal diri, mempersembahkan diri anda yang terbaik
untuk isteri dan anak. Melepaskan segala kekalutan di luar rumah hanya di tepi
pagar rumah anda, jangan bawa masuk dan ceroboh jiwa-jiwa bersih anak-anak
kita.
Seorang bapa semestinya ingat untuk apa
keletihan yang dirasainya, jika bukan untuk mendapatkan imbalan kasih sayang
keluarga. Bukankah sia-sia rezeki yang dibawa balik ke rumah dengan wajah penuh
kebencian akhirnya dibalas dengan tangisan isteri dan anak? Hidup sebegini
terlalu meletihkan, sudahlah kerjapun letih, takkan anda hendak sambung pula
keletihan itu dengan konflik dalam rumah pula?
Bagaimanapun bukan salah suami seorang jika
dia tidak selesa di rumah, isteri juga mesti sensitif dengan keadaan suami.
Sediakan apa yang membuatnya selesa jangan cuba tambahkan stresnya dengan
masalah baru. Kalau isteri sudah berusaha tapi suami masih tidak berubah,
agaknya perlu pelan yang lebih telus dalam mencipta komunikasi yang kondusif.
Jika mahu berkonflik, ingatlah masa depan
anak-anak. Mahukan anak anda soleh dan bijak? Ia bergantung dengan kesolehan
dan kebijakan ibu bapa mereka dalam menyayangi dan menghargai sesama sendiri.
P/s
: seronotnyer copy and paste kannnn??mudah kerja...dah jadi satu entri..panjang
pulak tuh..hahahaha...
No comments:
Post a Comment