Ada aku kisah isteri dan anak2ku sudah makan atau belum... Ada aku kisah
jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak.... Ada aku kisah
jika isteriku berhempas pulas di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika
aku sedang berdengkur... Ada aku kisah siapa yang mengambil berat tentang
keperluan anak2, membeli susu dan pampers dan ubat-ubatan ketika anak2ku demam
dan meragam… Ada aku kisah siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan
meletakkannya di dalam bilik aku bersiram.... Ada aku kisah dah berapa lama
isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku... Ada aku kisah betapa isteriku
tak pernah jemu menyediakan kelengkapan diriku, meletak baju, stoking, pakaian
dalam dan sapu tangan dengan kemas setiap hari aku nak pergi kerja… Ada aku
kisah bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami... Ada aku
kisah apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan
masam.... Ada aku kisah adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku
cukup atau tidak ketika aku hendak kepergian.... Ada aku kisah betapa pedihnya
hati isteriku bila aku memarahinya… memaki hamunnya dengan kata2 kesat setiap
kali dia melakukan kesilapan kecil yang tak disengajakan… Ada aku kisah apa
perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di
luar... Ada aku kisah jika isteriku saban malam terpaksa bangun membuatkan susu
untuk anak2ku… melayan kerenah anak2ku, merengek, menangis di kala mereka
demam… Ada aku kisah berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir
yang pudar ditelan masa.... Ada aku kisah bilakah kali terakhir aku
menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku... Ada aku kisah bila kali terakhir
aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu kepada
anak-anakku… Ada aku kisah kenapa isteriku terlelap bersama linangan
airmata.... Ada aku kisah jika isteriku terjaga di tengah malam kerana
dengkurku... dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....
Tiba-tiba aku MENJADI KISAH dan MENGAMBIL KISAH…
Ketika telefon isteriku berdering di malam hari. Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting... Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh cinta padanya... Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan… Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya.... Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku..... Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ... Ketika dia tidak lagi menyediakan keperluan pakaianku ketika aku mahu ke tempat kerja… Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak KISAH kat aku? :(
Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri… Jangan
mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu
permaisuri hati kita… Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah
membajanya… Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh
menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.
P/s : Aku cilok dan baca kat sini...tankiup....banyak info yang aku dapat untuk rujukan..
No comments:
Post a Comment