IKLAN..
Monday, February 27, 2017
ROAD TO JERANTUT
Sabtu lepas pagi2 sudah bergerak menuju ke jerantut..menghadiri majlis walimatulurus dan sebagai part of famili pihak lelaki..eh, tahun ni sokmo je jadi wakil pihak lelaki..weols tak join famili besar tido semalam di jerantut sebab apipdoli habis sesi persekolahan beliau pon 6.30 petang..kalau jam2 tu jugak nak bergerak ke jerantut adalah kemalasan dan rasa sangat rushing..iols dah tak larat nak folo program on da spot cenggini...letih oi..lagipon dah berjanji takmo ponteng2 kan persekolahan anak macam waktu beliau tadika dolu hehehe..
Nampak gayanya kalau nak bawak anak pergi bercoti memang harus ada duit lebih sebab caj hotel semasa cuti sekolah jadi dabel triple bagai...plus harus cekal hati dengan keramaian orang yang bercuti dikala cuti sekolah..no more tenang dek ketiadaan orang huhuhu..
Weols bergerak ke jerantut jam 8.30 pagi..sempat la mencekiks roti canai dan teh tarik dulu..ngm2 jam 10.30 pagi weols sampai di jerantut, betul2 di masjid sultan abdullah kottt....lerrr dekat je..tak pernah sampai pon jerantut ni..takde sedara mara kat jerantut serta anak2 tak memenuhi spesifikasi untuk dibawa ke taman negara jerantut ekekeke..
Alhamdulillah..selamat dah kezen iols pegang title laki orang dengan sekali lafaz..dasat budak2 sekarang..muda2 dah kawin..tapi kalau dah bersedia dan dah sampai jodoh, kawen ajelah....
Segala majlis bertunang, nikah dan sanding all out buat di hari sabtu..nampak macam very the pack nyer majlis buat sekali harung tapi senang sekali jalan je..majlis sanding pon tak drag sampai ke petang..kejap je pon tapi rasa macam lama pulak sebab weols kelaparan hahaha..tuan rumah hidang laukp pauk tradisi masakan pahang...very the kampung2 punyer menu tapi tahap kesedapan dia perghhhhhh...iols bukan dalam mood mengambil gambar..sekarang dah malas maka tiada lah gambar ikan patin tempoyak, kerabu umbut kelapa dan taugeh, ayam masak merah, daging masak hitam yang super gorges..bukan setakat itu, dengan menu pengantin pon weols bedal sekali...kenyang dan sangat puas hati..itulah beza masakan yang dimasak sendri dengan masakan katering..totally different sangat kesedapan dia...masakan kampung pulak tuh...sedap hoi!
Setel majlis, singgah homestay untuk lepaskan lelah makan nasi kenduri tadi dan layan mata kejap...kahkah..tapi tak dapek nak tido pasal anak2 buah ramai..diorang kalau dah berkumpul boleh buat konsert..solo dan okestra...bising..
Kasi anak2 mandi dan terus pulang ke key el..konon nak singgah bukit tinggi tapi hujan lebat...kalau hujan tak lebat pon tak singgah jugak pasal rombongan weols ramai OKU termasuklah iols huhuhu..dah tak larat nak berjalan..maka jomlah kita pulang..inshaallah ada rejeki bolehla iols bawak emak tido di bukit tinggi lepas beranak nanti.....
Wednesday, February 22, 2017
CITA-CITA
Dolu apipdoli punyer cita cita mahu jadi otromen..bila semakin membesar beliau makin tahu bahawa cita2 sebagai otromen tidak relevan...otromen tak wujud..eh, tau pulak dia..setelah beribu hengget duit makbapak beliau habis..setelah pelbagai koleksi jenis2 otromen kecik besar ada, baru nak sedar otromen tu tak real?demn...
Habis demam otromen, beliau bercita cita mahu jadi polis...kerana kekaguman melihat besarnya opis baru polis di bukit aman....dan memasang angan2 bahawa satu hari nanti beliau punya opis disitu gagagaga...lantok, berangan itu free..maka terpaksalah weols sekeluarga menonton drama gerak khas tanpa rela dek kerana kecintaan apipdoli terhadap polis...
Bila drama gerak khas makin banyak membebel tapi aksi ciput, merudumlah minat beliau kepada polis....hahaha..lalu cinta beralih arah..dari polis ke abam bomba..dan sekali lagi weols sekeluarga terseret sekali untuk menonton drama hero, cerita pasal abam bomba..fuhhh mujur apipdoli tak layan drama abam bomba i love you itew hahahaha...
Sekarang bila dah naik darjah 1 minat dan cita2 pon bertukar seiring dengan pertambahan usia beliau..yang kononnya ala2 matang...mahu jadi cikgu..nasib baik takde drama cikgu2 yang spesifik..mostly drama cikgu2 pon watak utama adalah cikgu perempuan..mujur.....teringat zaman iols kecit2 dolu..cengginilah jugak...berubah2..nak cita2 yang hebat2 je ....iols tak tau pon kulikutif jugak adalah sejenis cita2 dan pekerjaan hahahaha..takpelah..anak dah pasang cita2 yang sungguh mulia..makbapak sapot je la...tak tau la sampai bila cita2 beliau ni akan bertahan..kalau sampai dewasa, elok lah jugak..senang makbapak kalau ada anak koje gomen..terjamin masuk sepital gomen kelas pertama nanti di hari tua...ekekekeke...
Monday, February 20, 2017
APIPDOLI MASUK KELAS TAEKWANDO PULAK
Last week apipdoli bawak balik borang kelas taekwando kasi tunjuk sama makbapak dengan harapan makbapak kasi izin masuk kelas karate..kelas karate bukan dibawah seliaan pihak sekolah seperti ko kurikulum watsoever tapi latihan dibuat di dewan sekolah pada hari ahad..
Maka ahad lepas berpergianlah apipdoli bersama ayahnya untuk meregister sebagai ahli taekwando..orang yang paling eksaited lebih dari budak yang yang nak belajar haruslah ayahnya..gigih teros bayar duit baju semata2 nak kasi apipdoli pakai baju taekwando minggu depan huhuhu..kot ye pon tunggulah next week ke ape tengok progress minat anak kot tetibe taknak masuk kelas pulak...apipdoli ni semangat beliau adalah sejenis separuh jalan je sokmo..melainkan dipaksa lah kan....haih...yuran bulan kelas taekwando still affordable which is 40 hengget sebulan..bayar je lah kens..cuma yang mahalnya tang baju lah kot iaitu 280 hengget...huishh..patutlah iols tak merasa nak masuk kelab dari luar yang berbayar ni..masuk bawah ko-ko sekolah je..takdelah nak kene bayar bulan2..itupon pilih persatuan yang baju seragam dia tak mahal huhuhu...
Anak2 zaman sekarang untung life diorang..merasalah nak masuk ape pon sebolehnya makbapak usahakan..makbapak kita2 dolu pon sama jugak..cuma kita je lah tak sampai hati nak masuk persatuan yang kene bayar bulanan ni..adik beradik ramai oi..kalau 7 orang nak masuk taekwando, rabak poket bapak gue...
Demi anak, iols rela berhabis...selagi tak memudaratkan kewangan iols la..kalu itu minat dia, weols sapot selagi boleh...budak2 sekarang pon dalam proses nak kenal pasti minat derang ni ke arah ape..belajar lah selagi masih boleh belajar..esok2 derang dah besar dah takde merasa nak bayar yuran itu ini..after all makbapak kerja pon untuk life anak2 jugak..
Tuesday, February 14, 2017
MONSTER IN ME
Sekarang ni dah jarang sangat dapat luangkan masa tengok tibi..hari coti hujung minggu memang anak2 yang kongker tibi sobsss...weekdays iols pulak bizi dengan rutin harian...nak tengok cerita kegemaran pon dah tak sempat...to be exact, iols dah xde sangat mengikuti drama bersiri...kadang kalau tertengok tu ngadap kejapla depan tibi...biasanya cerita masak2 dan makan2 je atau travelog...giteww...
Mujur sekarang astro xde siaran menarik sangat..asek pusing2 cerita yang sama..makanya kalau takde siaran menarik iols akan tengok channel discovery 550 ke atas..apa nama chanel pon iols tak tau tapi biasanya yang buat iols stuck depan tibi kalau ada cerita monster in me...bukan cerita hantu tapi seram...bukan cerita rekaan tapi realiti dan based on true storey..mostly kejadian berlaku di luar negara la...bukan asia dan semestinya bukan di malaysia..huhuhu...
Baru2 ni dalam siri monster in me, normally akan ada 3 cerita berlainan pengalaman famili terlibat facing problem yang melibatkan nyawa yang tersayang especially anak2..ada yang survived..ada jugak yang tak dapat bertahan...sedih sangat...kat malaysia ni kita jarang dengar pasal penyakit yang pelik2 atau apa jua simptom yang boleh mengakibatkan kegagalan semua fungsi organ dalam badan..samada melalui sengatan binatang berbisa, spora dari bunga, fungus dalam tanah yang masuk melalui saluran pernafasan bila kita menghidu atau bernafas atau ketika cuaca berdebu atau berhabuk, bakteria hidup dalam air tawar yang masuk dalam rongga hidung ketika berenang..haih..maciam2 kejadian yang pelik2 dan tak masuk akal okeh...even manik yang orang buat rantai dari buah arbin pon boleh menyebabkan kegagalan organ dalaman sebab buah arbin boleh mengeluarkan racun toksik..samada arbin atau abrin..lebih kurang laaaa namanya...
Ada omputeh yang pergi lawatan luar negara (but still kat negara barat ), kene gigit nyamuk yang dijangkiti cacing loa2, gigit pulak mangsa maka mendapatlah cacing loa2 yang beranak pinak dalam mangsa..sampaikan terbatuk pon boleh keluar cacing oi...euwww....boleh nampak cacing bergerak dalam kulit pulak tu..ya ampun...menakutkan sangat..tapi iols kagum dengan knowledge doktor2 yang ambil kes pelik2 ni..dengan segala kajian dan ubat2 derang...hebat sangat..mungkin pada derang bukan pelik lah kot..
Ada yang kasi anak2 main pasir je kot...tapi dalam pasir ada sejenis parasit atau apakebendentoh nama saintifik beliau, masuk melalui rongga hidung budak kecit itu, teros masuk ke otak...makan pulak otak budak tu..lumpuhkan semua sistem badan budak tu dalam masa 2 hari je tros gone budak kecit tu...kesiannya kan..padahal rutin harian budak kecit tu main pasir, korek2 tanah depan rumah je kot....sama macam kita bagi anak2 kita main la...ala2 nak kasi sentuhan nature supaya neuron motor berkembang dan sel2 otak berhubung gitew padahal tak sedar ada bahaya yang menanti...
Bila dah tengok banyak pulak penyakit2 yang pelik2 teros rasa takut pulak nak kasi anak sentuh yang bukan2...tak payahla nak explore2..tunggu dah besor esok2 lantak dikaulah nak explore ape pon....banyak sangat penyakit moden masa kini..waktu anak iols kene bullous impetigo tu pon terkebil2 jugak dengar...sebab tak pernah ambil tahu dan dengar..sekali bila gugel haaaa ko...ramai rupanya anak2 orang dah pernah kene huhu...benda2 yang melibatkan bakteria dan parasit ni susah nak kawal pasal kita tak nampak dengan mata kasar...takkan sepanjang masa nak usung mikroskop..mengalahkan student medik pulak kiteww..doktor pon sangkut stateskop je kat leher..tu pon tadelah sepanjang masa ken....saintis pon tak glabah nak seret mikroskop....kohkoh..
Walaupon segala prevention dah buat but still it can happen anyway walau ko sental detol hari2...
Tarikh dan waktu siaran monster in me ni iols pon tak tahu..kiranya kalau bernasib baik, dapatlah tengok...kalau rajin, cer la korang godek2 sikit astro tu cari siaran yang berkenaan..bolehla tengok sendri sebab bagi iols memang menarik dan tak terpikir pon efek dia boleh ke sesuatu yang serius walaupon dari simptom dan hal yang kecik je...
Thursday, February 9, 2017
DINNER @ IBRAHIM'S FATTY CRAB
Dah lama tak dinner luar rasanya...dinner yang proper la macam makan nasi atau sesuatu yang mengenyangkan dan sedap serta exotic....iols pon dah lama tak bawak mak makan luar..takkan nak bawak mak makan steak..beliau mana layan sangat steak2 ni..gigi dah tak lut nak kunyah...iols pon bizi dengan rutin harian..sabtu ahad pulak rasa macam nak lepak je dok diam2 kat rumah dan setelkan lipat kain yang menimbun..tambahan bila anak2 dah duduk taska ni stok baju anak2 banyak sangat dan nak kene sediakan dan basuh dan susun huhuhu...
Jadi memandangkan hari ni cuti umum sebab thaipusam, malam tadi decide mohler bawak mak makan luar..mesti beliau pon dah bosan asek masak dan makan kat rumah..kalau ikutkan situasi mak iols yang solo boleh je kalau breakfast dan lunch tapau je lauk siap..setel..rehat je lepak2 kat rumah..tapi berapa lama lah pon larat nak makan masakan tapau ni...bukan sedap pon..masak sendri walaupon lauk simple tetaplah sedap...dapat pulak anak2 jantan yang tak suka makanan tapau2 ni...derang prefer emak masak walaupon sekadar sambal tolor...huhu..
Eh ok..berbalik pada tajuk diatas...malam semalam selepas maghrib siap2 menuju ke kedai ibrahim ketam gemuk ni..dekat je dengan area rumah..masih dalam kawasan ampang..tak perlu keluar ke jalan besar pon..sesuai dengan orang2 yang malas nak drive jauh2 semata2 untuk makan malam..haih..kalau datang malas tu, kedai bawah rumah pon tak kosser nak pergi....
Welcome to ibrahim's fatty crab..biasanya kalau kedai yang melibatkan menu ketam gemuk fresh2 dalam akuarium ni adalah kedai milik orang cina..kedai orang melayu pon banyak tapi sumer jauh2 area pantai..ampang ni kan jauh dari pantai..huhu..
Anak2 baru baik ciken pox...memandangkan derang dah ok barulah weols berani nak bawak anak2 makan luar..derang pon dah puas berkurung dalam rumah di malam hari..
Iols tepek menu berserta harga siap2..senang pada sape2 yang nak datang makan sini at least boleh tau harga makanan dan boleh bajet siap2 sebelum terkejut tengok bil lepas makan nanti..huhu..biasanya kalau iols nak pergi makan mana2 yang melibatkan seafood ni iols akan riki harga thru blogwalking..tak berani nak main terjah je kecuali ko makan kat restoren biasa..haaa..gitewww...
Ok, go....
Untuk dinner weols order lauk pauk...nasi just untuk anak2 dan emak..misi weols malam tu nak meratah lauk je sambil makan pau mantau..order tiram 4 ketul..seketul 15 hengget...served raw dengan sos bawang putih dan lemon..konon sebagai appertizer tapi sumer takut nak makan mentah maka somi bedal sorang2 hahahaha..
Order mud crab jugak 4 ekor..2 ekor mintak chef masak signature dish derang katanya mongolia style 94.30 hengget..ingat mongolia tetibe teringat altantuya..demn....belen 2 ekor ketam masak chili style pon 94.30 hengget...yang masak style mongolia tu ada kuah boleh cicah dengan pau mantao...marbeles..tapi hok masak chili tu kering pulok..ingatkan stail basah2 ada kuah..keciwa disitu..nasib baik mongolia style itu sedap..
Weols order kerapu steam goreng masak asam...169.60 hengget..lembut dan sangat fresh isi dia walaupon sos dia ada sikit manis dan masam..masam dah ok tapi kalau manis tu tak boleh go pulak kat tekak rasanya..iols makan isi jelah..tak hirup pon kuah dia..huhu...udang pon iols order..medium saiz masak butter creamy 40.30 hengget....tapi macam tak creamy pon..kering je tapi sedaplah jugok...order sayur brokoli with mushroom dan sea asparagus 63.60 hengget..licin jugok..oh dan tomyam seafood 21.20 hengget permintaan apipdoli..tapi bagi iols kalau kat restoren yang masakannya stail cina muslim memang fail buat tomyam..kepekatan dan pedas dah ok tapi mahsam dia ya ampun...orang thai jugak yang pandai buat tomyam huhu...
Total semua termasuk air2 dan nasi putih dan pau mantao 583 hengget....nasib baik iols order ketam nipah je..kalau order ketam perancis hok dalam akuarium itew mesti lagi up total bayaran..tokei kata ketam france sekor kalau berat pon boleh cecah 150 hengget..huhuhu...padahal yang berat tu cengkerang dia je kot...tapi tokei kata telur ketam france is besar dan sedap..sape pulok nak makan telor je..iols nak makan isi...hmmm takpelah...kita makan ketam nipah sudah ekekeke..kekapis pon ado jugak...besar dan isi tebal..pon mahal..seketul 30 hengget..takkan nak order seketol yer dok?koman2 pon harus order seketol sorang..tahan nafsu terpaksa tolak tau hihi..quite mahal lah jugak kan tapi sedap dan paling penting semua menu licin dibedal hahahahaha..barulah rasa berbaloi makan dan bayar mahal sebab takde pembaziran disitu...burpppp alhamdulillah...
Friday, February 3, 2017
BABY SUDAH 6 BULAN DALAM PERUT.
Gitewww..tak pernah update progress baby dalam perut..rasa macam meminggirkan dan dipinggirkan pulak huhu..dah cecah 6 bulan ni boleh la dirai2kan...walaupon gender masih tak sohih dan samar2 tetaplah rasa gembira nak sambut kelahiran baby baru...rasanya nombor 3 ni memang takde ape pon persediaan..sediakan duit bil sepital je lah kot hehe...yang lain2 sumer dah ada...pakai je lah apa yang ado..cuma beli tambahan sikit2 je lah pon dan tak memerlukan kos yang banyak...
Bulan ni bulan last iols check up di klinik..lepas ni akan sambung check up di sepital pulak..haruslah sediakan duit untuk setiap kali appointment..dengan segala maknek kos perubatan yang dah makin naik sekarang ni mestilah bil pon cecah ratus2..dah kalu jaman bil perubatan tak naik pon memang dah sokmo 2 rats..huhuhu..berpeluh nak bayar jugak tu..
Baby dalam perut dah makin ligat bergerak..rasa hepi sebab tau beliau sihat duduk dalam perut walaupon duktur cakap baby kecit...rasanya iols ni dah dalam kategori terlebih makan tapi baby still kecit tak besor2..takpelah..baby kecit tapi sihat takpe yer dok..jangan kepala baby yang kecit..itu memang bahaya..itu namanya sindrom virus zika oi!!
Walaupon iols dah lepasi tahap kronik mual2 loya2 tapi muntah is a must setiap pagi sobsssss...tapi makan tetap makan hahahaha...sama je la macam previous pregnancy..takde ape pon yang lain..pendek kate sumer sama lah..tahun ni kelainannya iols akan berpantang dikala orang berpuasa huhu..maka tahun ni boleh rileks dari perlu memikirkan menu berbuka setiap hari hohoho..cuma azabnya iols perlu ganti puasa satu bulan..haih...yang 8 hari tinggal puasa tahun lepas pon tak ganti lagi ni...harap2 iols boleh habiskan poser ganti sebelum beranak..
Subscribe to:
Posts (Atom)