OK...nak kongsi pasal khasiat ulam2 atau pucuk2 atau daun2....daun yang masuk dalam list feberet aku adalah daun pucuk gajus dan daun tenggek burung...mula2 kita citer pasal daun pucuk gajus dulu hokeh...saje nak tepek info pasal 2 ulam ni pasal aku tengah addicted dengannya...makan dengan sambal belacan...perghhhhh....
ehem...mula ya!..info di bawah aku dapat dari blog
INI
Herba
dengan nama saintifiknya Anacardium occidentale ini adalah dari
keluarga tumbuhan Anacardiaceae. Para penyelidik dari Institut
Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) sebelum ini membuktikan pucuk gajus
boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Pucuk gajus didapati
mengandungi 97.6 peratus aktiviti pembersihan toksik. Di dalam pucuk
gajus terdapat bahan antioksida yang boleh meneutralkan dan melawan
bahan toksik di dalam badan. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut
Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap
memberitahu, pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan. Menurut
beliau, ini akan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet
muda.
Pucuk yang telah dibersihkan dimakan begitu saja sebagai
ulam ataupun diminum air rebusannya. ``Mereka yang mengamalkannya dapat
merasakan perbezaan kehalusan kulit di samping ia turut memberi
kesegaran kepada tubuh,'' ujar beliau. Tambah Tajuddin, selain khasiat
awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan
tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis. Menurut
beliau, air rebusan pucuk daun atau kulit kayu pokok gajus yang dikumur-
kumurkan juga boleh mengubati sakit seriawan atau ulser mulut. Manakala
kulit kayu pokok gajus yang digiling sampai lumat boleh merawat luka,
badan melecur, sakit gigi, tapak kaki pecah-pecah dan terkena gigitan
binatang berbisa. ``Kulit kayu yang telah digiling atau ditumbuk halus
itu ditampalkan pada bahagian-bahagian berkenaan. ``Bagi kes sakit
digigit binatang bisa, pesakit perlu mengeluarkan bisanya terlebih
dahulu sebelum melakukan kaedah rawatan menggunakan kulit kayu gajus
ini,'' jelasnya
-ni lah rupa pucuk gajus yang rupawan-
OK..next....
Daun Tenggek Burung....ermmm..macam mane nak explen ek???sebab majoriti blog yang aku search tentang khasiat daun tenggek burung ni adalah untuk hubungan suami isteri yang lebih mantop...kebaikan penggunaannya adalah lebih kepada kaum lelaki...khasiat yang len, tak dapat nak nolongnyer...
Tapi for sure setiap ulam-ulaman ada khasiatnya yang tersendiri..pada mereka yang mengamalkan memakan ulam-ulaman tentu dapat merasakan perubahan kebaikkan khasiatnya kan??Macam aku ni, makan pon on off, jadi tak dapeklah nak rasa apa khasiatnya...semua pon aku tibai...hewhew..
-ok...wajah sebenar daun tenggek burung-
P/s : Infom lah daku kalau tahu apa khasiat tenggek burung yer...