Nak up entry pasal Apendiks plak kali ni....sebab dialah perut aku kene toreh tempoh hari kerana suspected Apendiks...aku copy paste dari
SINI..banyak jugak info yang aku dapat untuk rujukan orang-orang yang senasib ngan aku...
Terdapat segelintir daripada kita
mempercayai bahawa apendiks adalah sejenis penyakit apabila memakan biji
buah/biji cili.Namun kepercayaan ini adalah salah sama sekali kerana
apendiks merupakan organ yang terdapat dalam tubuh manusia. Bagi yg bukan dalam bidang medic,mari mengenali sedikit tentang apendiks.
Apa itu apendiks?
Apendiks merupakan tiub yg sempit ,berongga dan hujungnya tertutup .Ia bersambung dgn cecum(bahagian
awal usus besar). Kebiaasaannya ,panjang apendiks ialah
10cm.Diameternya pula antara 7-8mm. Nama lain bagi apendiks ialah
“vermiform appendix” kerana bentuknya yg seperti cacing.
Apakah Fungsi Apendiks?
Fungsi apendiks telah lama menjadi
misteri dikalangan doctor,ramai diantara mereka mempercayai apendiks
tiada fungsi di dalam badan.Jika ditanya mana2 saintis atau
penyelidik,mereka pasti akan menerangkan betapa hebatnya ciptaan
Allah,setiap bahagian dalam badan pasti ade kegunaan.Jadi,adakah
apendiks diciptakan sebagai HIASAN semata-mata?
Setelah pelbagai kajian giat
dijalankan,beberapa artikel dan teori dari saintis/doktor mula
dikeluarkan berkaitan fungsi apendiks.
1. Fungsi penting bagi fetus dan kanak2
Sel endokrin dijumpai di dalam apendiks
fetus( bayi yg masih berada dalam rahim ibu,berusia lebih kurang 11
minggu) .Sel ini menghasilkan pelbagai biogenik amine dan hormone
peptide,yg membantu memastikan biologi fetus dalam keadaan stabil.
2. Rumah lindungan bagi bacteria baik
Apabila berlaku cirit birit/kolera
secara berulang,bacteria2 baik akan berlindung di dalam
apendik.Bakteria2 baik ini diperlukan utk membantu di dalam proses
pencernaan,penyerapan dan pembuangan makanan yg anda makan.
3. Sistem pertahanan badan
Apendik dipercayai memainkan peranan
penting dalam sistem pertahanan badan .Tisu limpoid mula berkumpul
sejurus selepas dilahirkan dan mencapai tahap maksimum pada usia 20-an
dan 30-an,menurun dengan cepat dan hilang apabila mencapai usia 60
tahun.
Pengumpulan limpoid ini membolehkan apendiks bertindak sebagai organ limpoid, yang membantu B lymphocyte(salah satu darah putih)menjadi matang dan menghasilkan antibodi yang dipanggil immunoglobulin A (IgA) antibody.Para penyelidik juga mengatakan apendiks terlibat di dalam menghasilkan molekul yg membantu arah pergerakan lymphocyte ke seluruh tubuh badan.
Apabila darah putih terdedah dengan
pelbagai antigen atau bahan asing yg terdapat di dalam sistem pencernaan
badan,apendiks membantu membantutkan serangan ini dengan menggalakkan
penghasilan immuniti setempat.Immuniti setempat ini mengambil fungsi yg
sangat penting di dalam menghasilkan pertahanan badan dan mengawal
makanan,ubat,microbial, ataupun antigen virus.
Namun begitu,kaitan antara immuniti setempat dan penyakit usus besar masih dalam penyelidikan
4. Digunakan ketika dalam pembedahan.
SEBELUM INI,pembuangan apendiks
dijadikan rutin ketika pembedahan yg melibatkan abdomen.Ini bagi
mencegah sebarang kemungkinan berlakunye radang apendiks(appendicitis) di masa akan datang.
SEKARANG,rutin ini tidak lagi dijalankan
,sebaliknya apendiks ini disimpan kerana dikuatiri akan digunakan
jikalau pundi kencing terpaksa dibuang kerana sebab2 tertentu.Di dalam
pembedahan tersebut,sebahagian usus dijadikan gantian pundi kencing dan
apendik pula dijadikan otot yang mengawal air kencing(sphincter
muscle).Maka pesakit tersebut dapat menahan air kencing.
Sebagai tambahan,apendiks berjaya
digunakan sebagai gantian untuk sebarang penyakit pada ureter(salur yg
membenarkan air kencing untuk mengalir dari ginjal ke pundi kencing).
P/s : Kesimpulannya melalui apa yang doktor2 kat hosp manjung tuh bagitau aku, apendiks ni ada atau takde, takde hal lah..kalau doktor tuh tu tipu, maka tipulah aku yer..