Thursday, June 28, 2012

HOUSES OF LIGHTINGS...BERBALOI BALOI!


Yuhuuuuuuuuuu....minggu lepas sempat ke puchong, mencari kedai lampu....ramai rekemen kedai ni...katernyer murah...tang harge tu no komen lah kot..ade yang murah, ade jugak mahal...ikut kualiti tapi memang sangat banyakkkkk pilihan....rambang mata aku naik juling.....sebab dah kate masuk kedai lampu...kepala asek dongak keatas...sampai sakit2 leher...adoiiiiyaiii....

Disebabkan kitorang pegi time cuti, punyerlah ramai umat yang cari lampu dan kipas cam kitorang...berasak-asak gitu.....tak pernah plak aku jumpe kedai elektrik yang dah macam bank pulak servisnyer...nak bayar kene ambil nombor giliran dolu, nombor korang naik, pergi bayar dan baru boleh amik barang....yelah..majoriti yang  datang beli bukan satu dua bijik...semua yang hok borongggg gitu....rabaklah jugak poket...total kene  tiaw adalah RM 753 plus2...semua design lampu pon lawo2 sampai tak tau nak pilih yang mana...semuaaaa aku berkenan...tapi sedar diri rumahku kecik...siling pon rendah jer...tak cantek lah pulak nak letak lampu rantai panjang2 tuh...hewhew...


P/s : Tokei ni kater hari isnin kedai tutup...coti!
 

RED VALVET


Jeles orang dok sebut2 pasal kek nih..nak jugaklah rase satu...tapi takdelah plak aku beli kat kedai pastry yang mahal2 tuh..order kat adik aku..katernyer ade budak opis dia jual...10 hengget satu bekas panjang tu...Pandai budak2 gomen cari duit lebih.......sedap....pandai dia blend cream and cheese tuh...tang kek yang kaler merah tuh plak rase macam kek len2 je rupernyer...so-so ja ok...benda sikit kalau makan ramai2  berebut macam tak cukup satu....tapi kalau beli satu  bekas tuh pulun makan sorang, 2 minggu pon tak abes2....hahahaha....



ANAK BUJANG MAKIN BANYAK MULUT...


My baby dah 2 tawun lebeh...sekejapan jer masa berlalu, right??Oh...sekarang dia makin petah...budak2 sekarang memang cepat kan perkembangan derang....anak buah aku yang baru sebelas bulan pon tau cenggane pakai tepon slide...jeles betol...huhu..maybe sebab derang minum susu anmum kot... ade gangliosida...hihihi.......sape yang taknak anak bijak kenss...?..tapi kalau bijak auta aku balik memang bikin panassss ler jugop..wuhuhu...ni selama 30 hari coti sakit, aku dok ngadap dak apip and dhia...ngadap perangai dua askar ni...pening kepala weh...macam2 perangai keluar...patutlah kalau aku balik keje, rumah berkecah macam  tongkang pecah...tak terkemas dek kerana melayan baru 2 orang superhero and heroin...tak dapat bayangkan esok bila k.sya with her 2 anak...hahaha...4 orang mak kene handle...memang tak masak lah...hihihi...







 P/s: Pitam!!

SELERA BONDA @ TAMAN DAGANG AMPANG


Saje nak letak jugak....kitorang makan kat restoren ni...bebetol depan restoren Pak Ya tuh....ala, tak de la order ala carte ker hape...cume lunch...nasi....2 dewasa orang makan, 1 orang O.KU ( aku ler), dan sorang budak kecik yang ade lauk ayam  goreng without nasi, carrot susu, milo suam , air kosong and tea o total kene charge sama dengan dua puloh sembilan hengget...

Mahal ker murah???ker aku sorang jer yang perasan mahal?????Tapi takpelah...sebab restoren tuh cantek, wat dunno aje lah...masakan derang sedap..kenalah ngan tekak aku cume tak panas....kalau panas2, sure meletop..hihi...anyway...dah kenyang pon....Alhamdulillah....







BYE –BYE VAN TOYOTA..



SOLD @ RM6200!!!!!tinggal kenangan je ni...abah dah jual van tu kat peniaga ayam goreng dari pasar malam ipoh...sob..sob...sebak sket....mujur apip sempat gak merase naik van tuh...dah bape tahun ek van tuh berkhidmat????emmm..emmmm...aku tak ingat tapi seriussss lame gilossssss...dari aku kecik sampaiiiii la sekarang ni...30 tahun...hoh..!So long van....adios...


lambaian terakhir seorang van...sob..sob...tenanglah ko disane...

Tuesday, June 26, 2012

TENGAH GILA LAYAN MASTERCHEF SELEBRITI


Sob...sob...sedey...malam ni abang Jehan kene kick kuar...dah ilang seri wajah masterchef...hewhew...seb baek ade lagi sorang...miahahaha... 


Jehan.jpg


Kagum la dengan derang….Malu pon ade gak…theeeetheee……malu ngan tomok especially…tak sangke tomok terror masak..kalah aku! Salamiah Hassan yang dah berpuluh tahun memasak pon kalah ngan tomok..muahahaha…memang sekarang ni layan tibi sabtu hingga selase malam je..hari len tak berape nak tengok…chanel pilihan…of kos astro ria la weh…satu family addicted…hewhew…eh, ker aku sorang jer???










 Tomok.jpg


P/s : vote for tomok…hihihihi…



Monday, June 25, 2012

PETUA...


Untuk pesakit2 yang mengalami pelbagai jenis ovarian cyst termasuk endometriosis, fibroid dan adenomyosis, sila cuba minum air lemon yang fresh 3 kali sehari, amalkan selama 3 hingga  6 bulan dan lihat ada tak perubahan terhadap ketumbuhan tersebut..

- Dr Hamid Arshat -



P/s : Will do anything...

Thursday, June 21, 2012

MARI BERKENALAN DENGAN ENDOMETRIOSIS..


Puas aku godek google cari info pasal cyst @ endometriosis ni...kerana aku adalah salah sorang insan terpilih oleh si cyst ni...nak dudukkkk jugak dalam perut aku..huhu...sakit tau takkkk???..Tapi aku sendri kurang pasti adakah cyst and endometriosis ni adalah suspek yang sama atau lain???2 minggu lagi aku akan dapatkan kepastian dengan doktor hosp kat manjung keh...

Aku jumpe blog doktor pakar sakit puan nih...dari pagi asek dok bace masalah2 sakit puan nih dengan komen2 pesakit yang menderitai penyakit yang sama macam aku atau lebih worst...kiranya sakit2 aku nih, masih dalam kategori bertuah sebab tak super kronik...semua yang berlaku ni aku yakin ada hikmahnya...

Kalau dari pemahaman aku yang cetek ni mengenai cyst, cara nak elakkan ianya berlaku adalah dengan hamil..kerana ketika hamil tiada darah haid...being in my situation nih yang dah beranak 2 tahun lepas dan dalam masa yang sama buang cyst thru c-section, macam maner nak getting pregnant lagi?Boleh ker?Sedangkan doktor sendri bagi masa 3 tahun untuk kembali pregnant...ni baru je dah plan baeekkk punyer to have another baby, tetibe datang balik cyst dan once again perut aku kene toreh balik...wuwuwuwuw...dan sekarang perut aku sangat sensitif dan akan ambil masa untuk recover..camnor den nak beranak lagi nih?????

Occay..takmo citer panjang - ni sedikit info pasal cyst atau endometriosis..kalau nak lebih info, bleh singgah blog Doktor Hamid Arshat nih dan godek sendri yer..


*************************************AKU CILOK & SHARE*****************************************


Ramai orang bingung tentang jenis2 cyst dalam kilang ovary, mana satu yang merbahaya, malignant (jenis kanser) , benign( bukan kanser) , yang merosak benih dan peranakkan (endometriosis) dan yang boleh hilang tanpa rawatan (follicular cyst)

Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovary. Mengapa ia digelar cyst?  Sebabnya tumbuhan in mesti mengandungi cecair/fluids, samaada air, cecair becampur perotin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia bolih disertai dengan tumbuhan daging yang munkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dll

1. Follicular cyst . mengadungi air, bermula sebagai karung telor tetapi tidak pecah pada  waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.

2. Corpus luteal cyst - Bermula dari bekas kantung telor yang telah pecah/ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang2 ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.

3. Hemorrhagic cyst - cyst yang mengandungi darah, ia bolih bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku kedalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkab kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.
4. Ruptured ovarian cyst - menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.

5. Endometriotic cyst of ovary - mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu bedah.

6.  Dermoid cyst ovary atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah


***** Nak lebih thrilled, silalah ke blog doktor ni tau...bleh dapat more info siap dengan gambar skali...ngeri dan kagum...aku sendri tak tau aku dalam kategori ape dalam banyak2 cyst kat atas tuh cume yang aku tau, cyst aku bukan cecair, tapi darah coklat macam coklat cadbury tuh..harap2 cyst aku yang paling ringan lah..



SIAPA APENDIKS NI?


Nak up entry pasal Apendiks plak kali ni....sebab dialah perut aku kene toreh tempoh hari kerana suspected Apendiks...aku copy paste dari SINI..banyak jugak info yang aku dapat untuk rujukan orang-orang yang senasib ngan aku...

Terdapat segelintir daripada kita mempercayai bahawa apendiks adalah sejenis penyakit apabila memakan biji buah/biji cili.Namun kepercayaan ini adalah salah sama sekali kerana apendiks merupakan organ yang terdapat dalam tubuh manusia. Bagi yg bukan dalam bidang medic,mari mengenali sedikit tentang apendiks.

Apa itu apendiks?
Apendiks merupakan tiub yg sempit ,berongga  dan hujungnya tertutup .Ia bersambung dgn cecum(bahagian awal usus besar). Kebiaasaannya ,panjang apendiks ialah 10cm.Diameternya pula antara 7-8mm. Nama lain bagi apendiks ialah “vermiform appendix” kerana bentuknya yg seperti cacing.


Apakah Fungsi Apendiks?
Fungsi apendiks telah lama menjadi misteri dikalangan doctor,ramai diantara mereka mempercayai apendiks tiada fungsi di dalam badan.Jika ditanya mana2 saintis atau penyelidik,mereka pasti akan menerangkan betapa hebatnya ciptaan Allah,setiap bahagian dalam badan pasti ade kegunaan.Jadi,adakah apendiks diciptakan sebagai HIASAN semata-mata?

Setelah pelbagai kajian giat dijalankan,beberapa artikel dan teori dari saintis/doktor mula dikeluarkan berkaitan fungsi apendiks.

1.       Fungsi penting bagi fetus dan kanak2
Sel endokrin dijumpai di dalam apendiks fetus( bayi yg masih berada dalam rahim ibu,berusia lebih kurang 11 minggu) .Sel ini menghasilkan pelbagai biogenik amine dan hormone peptide,yg membantu memastikan biologi fetus dalam keadaan stabil.

2.       Rumah lindungan bagi bacteria baik
Apabila berlaku cirit birit/kolera secara berulang,bacteria2 baik akan berlindung di dalam apendik.Bakteria2 baik ini diperlukan utk membantu di dalam proses pencernaan,penyerapan dan pembuangan makanan yg anda makan.

3.       Sistem pertahanan badan
Apendik dipercayai memainkan peranan  penting dalam sistem pertahanan badan .Tisu limpoid mula berkumpul sejurus selepas dilahirkan dan mencapai tahap maksimum pada usia 20-an dan 30-an,menurun dengan cepat dan hilang apabila mencapai usia 60 tahun.
Pengumpulan limpoid ini membolehkan apendiks bertindak sebagai organ limpoid, yang membantu B lymphocyte(salah satu darah putih)menjadi matang dan menghasilkan antibodi yang dipanggil immunoglobulin A (IgA) antibody.Para penyelidik juga mengatakan apendiks terlibat di dalam menghasilkan molekul yg membantu arah pergerakan lymphocyte ke seluruh tubuh badan.

Apabila darah putih terdedah dengan pelbagai antigen atau bahan asing yg terdapat di dalam sistem pencernaan badan,apendiks membantu membantutkan serangan ini  dengan menggalakkan penghasilan immuniti setempat.Immuniti setempat ini mengambil fungsi yg sangat penting di dalam menghasilkan pertahanan badan dan mengawal makanan,ubat,microbial, ataupun antigen virus.
Namun begitu,kaitan antara immuniti setempat dan penyakit usus besar masih dalam penyelidikan

4.       Digunakan ketika dalam pembedahan.
SEBELUM INI,pembuangan apendiks dijadikan rutin ketika pembedahan yg melibatkan abdomen.Ini bagi mencegah sebarang kemungkinan berlakunye radang apendiks(appendicitis) di masa akan datang.
SEKARANG,rutin ini tidak lagi dijalankan ,sebaliknya apendiks ini disimpan kerana dikuatiri akan digunakan jikalau pundi kencing terpaksa dibuang kerana sebab2 tertentu.Di dalam pembedahan tersebut,sebahagian usus dijadikan gantian pundi kencing dan apendik pula dijadikan otot yang mengawal air kencing(sphincter muscle).Maka pesakit tersebut dapat menahan air kencing.
Sebagai tambahan,apendiks berjaya digunakan sebagai gantian untuk sebarang penyakit pada ureter(salur yg membenarkan air kencing untuk mengalir dari ginjal ke pundi kencing).


 P/s : Kesimpulannya melalui apa yang doktor2 kat hosp manjung tuh bagitau aku, apendiks ni ada atau takde, takde hal lah..kalau doktor tuh tu tipu, maka tipulah aku yer..